HIJAU DAN KUNING. JAUH BEZANYA

Sebaik sahaja pu3 kongsikan gambar yg pu3 perolehi dari blog Matkilau. Belum sempat sahabat pu3 post kat Fb group.. Bagai goreng pisang panas laju pengunjung datang. Mengamuk sakan ada, memaki ada. Korang boleh baca. Saja pu3 nak kongsi. Nak nilai, part mana pengunjung lebih tertarik. Hakikatnya semua hanya komen bergntung gambar yang pu3 kongsikan tak baca sehingga habis. Artikel itu sebenarnya nak fokus nizar yang SASUL berucap. Adatlahkan. Orang suka tengok yang awal, apabila emosi melanda, penutup cerita tak tengok dah.

Tahniah pu3 ucapkan pada penganjur himpunan hijau PAS kat studium alor setar semalam. Memang ramai. Mengikut infomer pu3. Tahap disiplin duduk diam dan dengar sangat tinggi. Kusyuk sangat. Alhamdulillah.
Berbeza sangat dengan PAS yang ikut demo Bersih 3.0. Unit amal PAS juga antara yang macam kambing lepas semua nak dilanggar. Jangan marah, itu hakikat berlaku ketika peristiwa itu berlaku. 

Andailah penganjur BERSIH baik niatnya nak buat himpunan aman seperti digambar gamburkan seperti himpunan hijau PAS ini. Elok bebenor pu3 tengok. Hatipun tak panas, harta benda awampun tak ada rosak. Tak ada kecederaan berlaku, anak-anak kecil tak meraung kepedihan mata, tak adalah yang masuk tahanan sementara akibat menyertai demo haram tu.

Alangkah eloknya anjuran bersih 3.0 dibuat indah seperti himpunan hijau PAS ini. Bolehlah kata, 100k ahli PAS menolak BN. Tak apalah pu3 tambah lagi 100k. Jadi 200k menolak BN. Persoalannya. Adakah 200k ini sahaja yang bakal mengundi PAS? Bagaimana selebihnya? 

Seperti kata blogger harapan esok. Tak akan pertikaikan bagaimana orang kampung dapat datang ke studium beramai-ramai menggunakan pengangkutan bas. Penganjur ada strategi agar seluruh studium penuh. Dibayar, ditaja, itu urusan mereka. Nama lagi pengurusan himpunan hijau PAS. Takkan biarkan je studium tu kosong dengan harapan datang dengan rela untuk 100% kan? Berapa kos pengangkutan mereka tanggung, pu3 tak akan pertikaikannya. Itu tanggungjawab koranglah kan. Tak dinafikan ada juga datang dengan kos sendiri. Itu pu3 faham sangat. Tapi berapa ramai yang berbuat demikian? Yang rumah berhampiran alor setar.. Bolehlah berbuat demikian. Kalau dari negeri lain? Dah pakai bas? Sendiri kena renung-renungkan ya. Ikut minda jangan ikut emosi

Nasihat pu3 nak main isu, himpunan UMNO atau Himpunan jutaan Belia yang telah berlalu, tak perlulah nak pertikaikan bagaimana penganjur memberi cara mudah berhimpun. Tak perlulah orang PAS nak kata itu duit rakyat. Kena tanya juga presiden PAS, duit himpunan hijau tu pakai duit sape? 

Berbalik ucapan nizar yang nak mentalkinkan UMNO tu, dia dah sediaker nak ditalkinkan dari kerjaya politiknya. Bukan nak kata dia gila ya, tapi akal warasnya dah semakin kurang. Tu yang banyak sangat merapunya. Ucapan berunsur negatif tu, sesuaiker didengar oleh anak-anak yang kecil dibawa oleh si ibu?
Satu je soalan pu3 nak pembaca dari PAS jawab. Perjuangan Islam ni, korang rasa sesuaiker dalam pakatan? Selama ini pu3 simpati dengan kepimpinan PAS yang umpama melukut di tepi gantang dalam pakatan. Suara tak mampu dizahirkan. Jadi pak turut sahaja. Hudud kata diperjuangkan, DAP dan PKR kata , hudud tak ada dalam manifesto pakatan. Perjuangan negara Islam, karpal singh kata langkah mayat dia dulu. Hak Islam selalu dipermainkan oleh DAP, PKr apa lagi nama je melayu pemimpinnya, isu amalan dah nampak jauh menjunam.lagi kasihan pu3 kepada PAS, apabila ada di kalangan pemimpin PAS, bukan lagi pejuang berlatar pendidikan agama. Semua dah masuk mazhab didikan Anwar. Yang ikhlas berjuang Islam, seorang demi seorang ditinggalkan dan meninggalkan. Alangkah kasihan ahli PAS yang benar-benar ikhlas jihad . Nawaitu mereka mungkin tak akan kesampaian.

Alangkah jauh bezanya hijau dan kuning ini. Hijau oleh PAS dan Islam, kuning pula ambiga nan kafir. Pesertanya.. Saudah pasti dalam 100k tu adalah mereka yang ada terlibat dalam demo kuning dulu. Boleh bezakan suasananya kan.

Nasihat pu3, nak anjur apapun himpunan. Elok sangat anjur dalam lokasi yang dibenarkan. Tak perlu ikut perasaan. Agar nampak kematangan dan kebijaksanaan. Nak menarik orang, bukan cara kasar dan gelojoh. Islam tak kata, berjuang dengan. Kekejaman. Andai musuh melawan, barulah jihad. Islam tak menyuruh pengikutnya mengganggu perkara yang tak mengacau. Ingatlah peristiwa tentera asamah, ingatlah pesanan saidina abu bakar kepada tentera Asamah. Sejarah Islam dijadikan panduan .

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts