PENCEN KERAJAAN, LOMPAT KE POLITIK
Jom baca:
RAHSIA DISEBALIK PENYERTAAN BEKAS KAKITANGAN KERAJAAN KE DALAM PAKATAN RAKYAT
Kini kita melihat beberapa orang bekas kakitangan kerajaan menyertai Pakatan Rakyat, dengan dahulunya mempunyai jawatan sebagai pegawai-pegawai tinggi yang mana mereka adalah penyokong-penyokong kerajaan kini berpaling kearah parti pembangkang.
Setelah Sangkakala kaji secara dalam, penyertaan mereka ini sebenarnya bukanlah sebagai pejuang untuk rakyat atau cuba untuk berjuang demi negara bangsa dan agama, mereka ini menyertai pembangkang hanya kerana mereka merasakan apabila mereka menyertai pembangkang, maka peluang mereka untuk menjadi ADUN atau Ahli Parlimen bagi pembangkang amat cerah disebabkan pembangkang kekurangan ahli-ahli profesional untuk diketengahkan.
Sangkakala kata begini setelah mengkaji, jika mereka merasakan kerajaan tidak memenuhi kehendak rakyat selama ini, kenapa mereka sanggup berkhidmat selama puluhan tahun dengan kerajaan dan mengapa mereka tidak meletakkan sahaja jawatan yang mereka sandang didalam kementerian atau jabatan selama mereka berkhidmat?
Mungkin juga apabila sudah pencen atau bersara dari kementerian atupun jabatan, mereka sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk mengisi masa lapang atau mungkin juga ada agrnda-agenda lain disebalik semua ini.
Pakatan Rakyat mengatakan bahawa terdapat banyak kes-kes rasuah didalam kementerian serta jabatan, tidakkah pakatan rakyat terfikir bahawa rasuah ini sebenarnya dilakukan oleh orang-orang atau pesara-pesara ini semasa mereka didalam perkhidmatan?
Jika pembangkang menunding jari kearah kerajaan dalam membanteras kesalahan rasuah, kenapa mereka sendiri menerima kemasukan pegawai-pegawai ini kedalam parti mereka? Tidakkah nanti jika mereka bertanding sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, maka gejala ini akan menular pula didalam pakatan rakyat?
Sangkakala tidak bermaksud mengatakan bahawa semua pegawai atau kakitangan kerajaan ini bersikap seperti itu, masih ada lagi yang baik dan jujur, tetapi kebaikan serta kejujuran itu tidak terpahat di muka kakitangan kerajaan dan ini adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita semua kesan.
Mungkin kita biasa dengar dengan perkataan bahawa kemasukan mereka ke dalam parti pembangkang adalah kerana tidak tahan dengan rasuah dan sebagainya, tetapi pembangkang merisik siapa mereka ini yang sebenanya? Adakah pembangkang mengkaji latar belakang mereka dengan sebaik-baiknya?
Pembangkang hanya menerima kemasukan mereka dengan merasakan ini adalah cara untu menawan putrajaya, dengan tidak mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu.
Sangkakala amat yakin jika pembangkang menjadi kerajaan maka kes-kes rasuah yang melibatkan kakitangan kerajaan ini tidak dapat dibendung dan dihapuskan malah mungkin akan menjadi lebih teruk lagi.
Kerajaan pada hari ini begitu komited dalam melaksanakan program-program membanteras kegiatan rasuah, tetapi seperti biasa tidak akan ada kegiatan jika tidak ada permintaan, maka dengan itu juga adalah amat sukar untuk kerajaan membanteras kegiatan ini, dan kini pembangkang pula mengambil mereka sebagai ahli parti dengan cara dijaja keasa kemari kononnya untuk membongkar segala kejahatan kerajaan sedangkan kejahatan itu semuanya berpunca dari mereka sendiri.
Bak kata pepatah 'lempar batu sembunyi tangan' itulah yang boleh diibaratkan kepada kakitangan-kakitangan ini. Seperti yang Sangkakala katakan tadi, tidak semua yang bersifat begitu, tetapi yang mnaa berpaling melawan arus kita senidir perlu fikir-fikirkan kenapa, menagapa dan sebab apa.
Cuma jangan sesekali mengatakan bahawa mereka sudah jemu muak atau sebagainya kerana seperti juga yang Sangkakala katakan tadi, mereka ini semua mempunyai pendapatan puluhan ribu sebulan selama mereka perkhidmat dalam kerajaan.- sangkakala
Betullah tu. Apa yang pu3 andaikan sama seperti yang ditulis oleh sahabat blogger pu3 ini. Sabagai tambahan juga
Kakitangan yang pencen ini sebenarnya sudah lama menerima penghormatan dan memberi arahan ke atas kakitangan bawah seliaan mereka. Bayangkan datang ditunduk, jalan disapa hormat. Masuk diberi laluan. Bak kata mereka rasa bangga dengan kedudukan mereka dalam jabatan. Apabila dah pencen. Bekas staf mereka dah tak pandang mereka dah, bertembungpun tak disapa hormat. Maka timbullah pencarian bagi yang masih berNAFSU nak memegang kuasa melompat masuk ke ruang yang dibuka untuk mereka.
Tak percaya? Bukan tak percaya, tapi MALU nak mengaku tu!
Seperti sangkala kata, penyakit ni bukan melibatkan semua pegawai yang tamat wajib perkhidmatan. Segelintir sahaja. Kebanyakannya yang kemaruk masuk jerangkap pakatan ini adalah mereka yang masih bernafsu konon power tak sedar kudrat dah senja
mereka ini juga bagai nak melompat setinggi mungkin apabila diumumkan perkhidmatan wajib tamat 60. Gembira sakan. Peluang masih bergaya jawatan dalam jabatan masih ada. Takut hilang dipandang tinggi. Walhal masuk pejabat boleh dikira dalam seminggu hanya satu dua sahaja. Tupun belum tentu 8pg-5ptg
Pu3 nasihat, eloklah berehat. Sudah lama berkhidmat. Kalau nak berkongsi pengalaman, tak payah menuntut diberi jawatan. Nampak sangat utamakan keduniaan. Walhal usia panjang Allah berikan, elok tumpukan peribadatan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Apabila bekas-bekas Kakitangan Kerajaan menyertai pembangkang, ada beberapa perkara yang boleh di kongsikan antaranya adalah:
ReplyDeletea. Memang selama mereka bertugas memang mereka menyokong pembangkang-cuma menyorokkan ciri-ciri tersebut, kerana tidak mahu disabitkan sehingga boleh di kenakan tindakan Jabatan masing-masing.
b. Kalau selama bertugas, mereka di kelilingi oleh rakan-rakan sekerja, jadi memilih pembangkang memudahkan perkara ini terlangsung, kerana untuk menyertai Parti yang menyokong kerajaan mungkin memakan masa untuk duduk di puncak....
c. Selama bertugas, mereka mungkin telah meninggalkan kampung halaman, jadi apabila bekerja dan kemudian bersara, mereka telah membina keluarga dengan membeli rumah jauh dari kampung halaman, maka cara mudah adalah menyertai pembangkang...dan kebetulan pula berhampiran rumahnya terdapat cawangan pembangkang di sana.dan