Campur Tangan Urusan PBT Bagi Projek Pada Kroni:DAP

Dari awal lagi pu3 dah kata DAP ini sememangnya menjijikkan. tetapi semakin kuat jiwa pu3 mengatakan betapa  jijiknya DAP ini setelah menonton video di bawah ini. apa lagi, korang silakan menonton sendiri video ini kalau masih ada keraguan untuk menerima apa yang pu3 katakan. silakan :





PEWARIS ANAK BANGSA

VIDEO: DAP Kotor & Menjijikkan ......

Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Ching Eu Boon hari ini mendedahkan campur tangan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari DAP iaitu saudari Tiew Way Keng yang menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak kepada firma peguam untuk menguruskan kes melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak ini kepada firma peguam yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dengan kos sebanyak RM 55,000 sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kepada pihak guaman yang lain dengan kos hanya sebanyak RM15,000 sahaja.

“Selama ini, DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.

Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih. Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali,” ujarnya kepada media dalam sidang media di Ibu Pejabat BN Selangor, petang tadi.

sumber: sahabat-gunung blog


Sidang Media BN Selangor  Md Zin dan Azman Ching Mendedahkan Kemelut & Penyelewengan PKR Selangor Yang Semakin Tenat. 

SHAH ALAM, SIDANG MEDIA BN SELANGOR: Banyak penyelewengan dan spekulasi yang didedahkan di dalam sidang Media BN Selangor. Setiap bulan, satu Sidang Media BN Selangor diadakan bagi  menyebarkan maklumat dan fakta tepat isu-isu semasa di Selangor. Pada kali ini BN Selangor di bawah pimpinan DS Najib yang diwakili oleh Noh Omar dan Md Zin mendedahkan kepada umum berkenaan, antara lain, isu-isu mengenai :-
Penyelewengan Geran SelangorKu RM300 Juta.

BN Selangor mempersoalkan ketelusan pengagihan dana RM300 juta. Dana sebesar itu tidak pernah dimaklumkan kepada umum sumbernya, Malah, Khalid G mempunyai kuasa mutlak ke atas pengagihan dana tersebut. Menurut sumber yang dipercayai, Faekah Supol Khalid G menjadi orang yang membuat keputusan bagi pihak Khalid G. Peranan Faekah tersebut mengenepikan kuasa eksekutif  Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri. Belum pernah terjadi di negara ini di mana kuasa seorang Supol MB mengatasi dan memintas kuasa eksekutif Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri. 
Sehingga ke hari ini Khalid G berdolak dalih mengenai sumber Dana RM300 juta. Tidak dapat dipastikan samada dari sumber kutipan hutang Talam atau dari sumber yang mencurigakan. Berkemungkinan besar ianya melibatkan skandal RM3 bilion Anwar Ibrahim yang di bawa masuk secara legitimasi melalui saluran-saluran amalan korporat seperti membeli hutang Talam Corporation. Kemungkinan besar sumber dana RM300 juta adalah sebahagian kecairan daripada dana RM3 bilion Anwar Ibrahim. 
Dipercayai kekecohan dan konflik dalaman serius dalam PKR di antara kem Khalid G-Faekah, Rafizi-Azmin Ali- Anwar Ibrahim berpunca dari pengurusan dan kuasa menentukan pengagihan Dana RM300 juta tersebut. Manusia dalam PKR hanya bergaduh besar bila melibatkan soal wang ringgit. Bukan kerana perebutan kuasa. Azmin Ali hanya akan bersuara jika melibatkan kepentingan kewangannya terjejas. 
Tidak mustahil konflik dalaman PKR kini ada kaitan kukuh dengan Dana RM3 bilion Anwar Ibrahim yang berhubungkait pula dengan Dana RM300 juta. Usul Penstrukturan Semula Konsesi Air pun kemungkinan besar merupakan salah satu jalan mencairkan Dana RM3 bilion Anwar Ibrahim. Masih ingat Skandal KUBB dengan seorang usahawan Cina yang telah menyaman ?
Penyelewengan Campurtangan DAP Dalam Pentadbiran PBT.

Pendedahan paling mengejutkan bilamana Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Penyelaras DUN Pandamaran mengenai salah laku pemimpin DAP, saudari Tiew Way Keng seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 
Cik Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kausanya sebagai ahli MBPJ dalam pemberian kontrak kepada firma guaman untuk mengutip hutang bagi pihak MBPJ. Firma guaman tersebut Stella, Lim & Co adalah milik seorang lagi ahli DAP Segambut seorang Ahli Parlimen Segambut iaitu Lim Lip Eng. Nilai kontrak yang diberikan ialah RM55,000.00. Kontrak tersebut sebelum ini telah diberikan kepada sebuah firma guaman lain Daim & Gamany dengan tawaran lebih rendah RM15,000.00 sahaja. 
Salah laku penyelewengan kuasa itu dilakukan dalam satu mesyuarat pada 16hb Jun 2010 yang hanya dihadiri oleh cik Tiew, Chan Chee Kong dan Derek Fernandez walaupun jumlah anggota MBPJ ialah seramai 17 orang. Buktinya tercatit dalam Laporan Audit dan dari sumber Penolong Pengarah Undang-undang MBPJ.
Di samping itu didedahkan mengenai ketidakpuashati ahli DAP dengan Pengerusi DAP Negeri Selangor melalui pendedahan Surat daripada ahli-ahli DAP Selangor yang keciwa.. Banyak persoalan belum terjawab oleh kepimpinan DAP Negeri Selangor. Sebaliknya kepimpinan DAP Selangor menikam sekutu-sekutu mereka PKR dan PAS bagi menutup kelemahan dan kejahatan mereka sendiri. 
 
sumber: saremas blog
 
ps: kotor kan..... niker nak perjuangkan BERSIH? agaknya DAP memang rasa Pakatan pembangkang sangattttt kotor tu yang asyik nak kempen BERSIH je!

Comments

Popular Posts