BERITA AUTA DISENSASIKAN BY PKR - TAK JADI BUAT BODOH JE

PEWARIS ANAK BANGSA

Seperti yang 1 tulisan yang pu3 dah tulis sebelum ini, nampaknya maksud yang nak disampaikan dalam sealiran dengan apa yang pu3 nak sampaikan. variasi yang berbeza tetapi maksud yang sama.  jom baca :

Dalam dunia kewartawanan politik Malaysia akhir-akhir ini, wujud dua jenis berita utama yakni berita tergempak dan berita gempak.Maksudnya jauh beza langit dengan bumi.Contoh berita tergempak ini macam hari geng Datuk T tayang video seks pemimpin pembangkang kepada wartawan.Semua terkejut dan kelam-kabut dok cari pembayang siapa Datuk T.

Kalau nak bercakap pasal berita gempak contoh terbaik macam al-kisah konon sebilangan pemimpin-pemimpin BN Sabah hendak lompat masuk pembangkang yang riuh pada Ahad lalu.

Dari pagi lagi,portal berita pro pembangkang sudah tiup khabar angin tersebut, macam biasa berita bersifat spekulasi dengan memetik sumber entah sapa-sapa yang tidak dinamakan.

Berita spekulasi itu kononnya, Timbalan Menteri Perumahan,Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Beaufort,Sabah Datuk Seri Lajim Ukin dan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang juga Ahli Parlimen BN Tuaran Datuk Wilfred Bumburing akan keluar BN di majlis makan malam PKR yang dihadiri oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain dua nama tersebut, ditolak-tambah kononnya ada beberapa lagi pemimpin BN yang tidak berjawatan tetapi ada pengaruh akan join sama.

Maka majlis makan malam PKR tersebut penuh dengan wartawan dan penyokong pembangkang, manalah tahu kot-kot betul cerita tersebut.

Tunggu punya tunggu habuk pun tidak ada, Anwar senyum buat muka kering, macam tidak ada apa berlaku.

Strategi dan propaganda pembangkang ini kalau diamati mudah saja.Mula-mula seorang dua pemimpin kanan mereka buat-buat 'bocor' berita yang kononnya tergempak itu kepada wartawan pro mereka.

Kemudian wartawan ini buat cerita dan petik sumber.Berita petik sumber itu dicanang pulak oleh pemimpin-pemimpin kanan pembangkang yang lain dan dengan spekulasi baru.Kata orang tambah 'ajinamotio' pada berita asal.

Berita rasa 'ajinamoto' itu dikembankang lagi melalui media baru, facebook, twitter, blog dan lain-lain. Maklumat bergerak pantas di zaman telefon pintar ini.

Namun apabila melihat spekulasi itu tidak menjadi kenyataan, beberapa jam sebelum saat akhir, mereka mula buka cerita baru, biasanya salahkan UMNO dan BN.

Macam kes Ahad, sebuah portal yang mula-mula sebar berita gempak ini beberapa jam kemudian, buat 'kemaskini' berita asal dengan mendakwa BN cuba halang ahli parlimennya keluar parti.

Orang pun lupa berita asal pembohongan pemimpin pembangkang yang penuh yakin beberapa jam sebelum itu.Fokusnya berpindah pula sibuk cerita pasal BN buat macam-macam pastikan MPnya tidak keluar parti.

Gaya tembak peluru angin dengan harapan kot-kot kena ini, adalah taktik dan teknik politik ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama.

Jangan lupa 16 September 2008, beberapa hari sebelum punya yakin bahawa MP-MP BN akan buat lompatan terbesar dalam sejarah sampai runtuh kerajaan.

Anwar yakinkan semua wartawan dalam sidang media sebelum itu di ibu pejabat PKR, dengan muka serius dan mata terjegil "we have numbers to topple government," .Kemudian bila tak jadi, salahkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badari sebab tak mahu panggil sidang khas Parlimen bincang soal undi tak percaya.

Mula-mula penuh yakin, macam apa jadipun tetap 'lompatan' itu akan berlaku, tiba-tiba ubah cerita pulak.

Sama kes dengan pilihanraya negeri Sarawak 2010, Anwar gempak kata kerajaan BN akan tumbang.Penuh yakin, semua pemimpin kanan pembangkang bersatu hati ikut rentak Anwar.

Last-last masa keputusan diumumkan, dia relax tengok bola kat di London. Sempat tweet lagi. Tinggallah penyokong-penyokong pembangkang dari Semenanjung yang datang sebab hendak rai 'kejatuhan' kerajaan BN terkapai-kapai, masuk angin keluar asap.

Taktik Anwar, dia akan suruh jentera kempennya gempak awal, contoh kalau dia hendak ceramah di Kota Kinabalu, jenteranya akan bergerak seminggu awal dan kata ada sesuatu yang besar akan jadi masa ceramah Anwar, dia akan umum bla bla bla...

Dia jenis 'membayangkan' dulu, jadi tidak jadi belakang kira.Senang saja kemudian cari alasan lain pulak.

Bagi pemimpin jenis ini, masalah hari ini kita selesai hari ini, esok fikir lain pulak. Lagipun, apa hendak ruginya, tembak peluru angin, kalau tak kena sasaran memanglah, sebab angin, tapi manalah tahu kot-kot jatuh, boleh claim hasilnya.

Sebab itu, pembangkang tak rasa bersalah menipu kata MP BN nak melompat pada Ahad.

Gaya Anwar gempak ini lama-lama orang sudah boleh baca, sebab itu Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili dari awal lagi tak percaya cerita itu.

Menurut beliau, khabar angin bahawa pemimpin Sabah akan meninggalkan UMNO untuk menyertai barisan pembangkang di negeri itu merupakan satu taktik pembangkang.

Beliau berkata khabar angin tersebut sengaja dicetuskan bertujuan untuk menimbulkan rasa tidak yakin di kalangan rakyat.

"Barisan Nasional (BN) Sabah diterajui oleh UMNO adalah bersatu padu dan terus mantap. Saya tidak fikir ada asas kepadaa khabar angin itu," kata Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

"BN Sabah tetap akan berdiri teguh dan tidak akan tertarik dengan pembangkang," katanya.- OLEH HELME HANAFI

Comments

  1. ANWAR IBRAHIM memang BABI...termasuk lah pengikut dan pencacai nya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts