PTPTN MENGHENTIKAN PEMBEKUAN

PTPTN



PEWARIS ANAK BANGSA

Alhamdulillah .. Berita gembira. PTPTN hari ini tlh membatalkan pembekuan pinjaman kpd pelajar Universiti Selangor ( UNISEL) . Hal ini tlh disahkan oleh Pemangku Naib Canselor Unisel, Profesor Dr. Anuar Ahmad.
pu3 tak rasa PTPTN berhentikan pembekuan kerana kecut ngan tindakan Raizi ya. tetapi memikirkan nasib pelajar baru UNISEL yang menjadi mangsa politik kotor pakatan yang hanya tau berkata tp melaksana tk mampu
 Permohonan PTPTN Dibekukan Bagi Pelajar UNISEL. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (UNISEL) adalah untuk melihat kemampuan kerajaan Selangor menyediakan pendidikan percuma di negeri itu.

Beliau berkata, tindakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dipercayai untuk menguji kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperjuangkan penghapusan PTPTN kononnya untuk pendidikan percuma.

“Dia bercakap tanpa mengetahui apa yang dicakapkan. Sekali dia bercakap, sudah terkena batang hidung sendiri dan baru dia sedar bahawa apa yang dijanjikan adalah tidak betul. Baru dia sedar tetapi dia tidak pernah hendak mengaku kesilapan,” katanya ketika diminta mengulas laporan pembekuan PTPTN membabitkan pelajar baru UNISEL.

Muhyiddin berkata, demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Hulu Kelang di sini.

UNISEL adalah institusi pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor yang kini diterajui PKR.

PTPTN dilaporkan membekukan pinjaman membabitkan pelajar baru UNISEL bertujuan memberi peluang kepada pembangkang membuktikan mereka mampu memberi pendidikan percuma di negeri itu. Pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau bagaimanapun yakin Mohamed Khaled akan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung isu pemberian pinjaman itu atas dasar masa depan pelajar terbabit.

“Tujuan Khaled adalah untuk memastikan sama ada pelajar-pelajar di UNISEL benar-benar memerlukan pinjaman PTPTN dan betapa seriusnya kerajaan pembangkang dalam menawarkan pendidikan percuma,” katanya.

Muhyiddin berkata, apabila Menteri Pengajian Tinggi berpuas hati bahawa pelajar sememangnya memerlukan pinjaman PTPTPN, ini bermakna saranan pembangkang untuk menghapuskan PTPTN adalah satu perkara yang tidak patut serta tidak mengambil kira kepentingan pelajar.

Beliau turut menegur pakatan pembangkang agar tidak mempolitikkan soal pendidikan secara keterlaluan apabila menjaja dakyah bahawa Kerajaan Persekutuan seharusnya melaksanakan dasar pendidikan percuma kepada rakyat.

Katanya, pembangkang harus bersikap lebih bertanggjawab dan tidak menabur janji yang boleh mengelirukan rakyat dengan tawaran yang tidak mampu direalisasikan.

“Dalam dunia ini tidak ada yang percuma. Bila ada yang percuma, pasti ada yang akan menanggung (kos). Kalau PKR kata bagi percuma, siapa nak bayar gaji guru, siapa nak beli buku, ada kos ini siapa bayar?

“Apakah PKR ada sumber yang datang dari langit, makna dia akan guna untuk biayai supaya rakyat dapat pendidikan percuma? Ataupun kalau percuma, dia kata kita akan naikkan cukai supaya pendidikan semua percuma, tetapi akhirnya yang akan bayar tetap rakyat juga. Bila dia sebut begitu itu semua bersifat politik,” katanya.

Beliau turut menyifatkan janji yang diberi pembangkang itu hanya sekadar untuk mencari sokongan politik tanpa mengambil kira masa depan negara.- berita harian.

tu baru ujian. percubaan memastikan benar atau tidak Pakatan pembangkang berani kotakan janji. nampaknya baru latihan. dah panik sejuta musnah. macam-macam ragam terkeluar menunjukkan betapa mereka tak mampu nak menghadapi pengotaan kata-kata mereka. bukan sekali ini.  Janji pru-12 sendiri kalau di periksan tunjukkan bukti kepada pu3 peratusan yang sudah dipenuhi. atau janji manismu kata aisyah PAS hanyalah tinggl dalam kenangan je.

GALI GALI GALI GALI LOBANG. GALI GALI GALI GALI GALI LOBANG. LOBANG DIGALI MENUTUP LOBANG, LOBANG BARU TERBUKA.- ingat lagu hits Salleh Yacob. ini lagu khas untuk Pakatan pembangkang. nak tutup janji, buat janji baru. tak sedar janji sebelumnya tak kurangpun!

Comments

  1. Tak mengaku lagi puak puak umno ni.. masa beku ptptn tak pulak nak guna kepala otak.. bila tarik pembekuan disalahkan pula puak pakatan rakyat.. padahal yg bekukan adalah ptptn sendiri dan disokong oleh muhyidin yasin dan khaled nordin..

    Inilah namanya bangang... umno bn yang bangang..

    ReplyDelete
  2. yg bangang yg komen ni ... lu sendiri pikirlah ... jgn jadi bodoh bangang pakatan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts