KALAU DAH NIAT..... LIDAHPUN BERLAPIK
PEWARIS ANAK BANGSA
APA NAK JADI NI? ADA JUGA PEMIMPIN MACAM INI? apa yang korang tafsirkan
dengan ayat berikut:
" ...... agar ada jaminan ada perubahan pemimpin di
peringkat negeri... tetapi apapun boleh terjadi, saya pemimpin kanan dan kalau
pengundi-pengundi mahu saya berbuat demikian saya akan turuti kehendak mereka? sumber : DE 12/06/2012
Seorang
Pemimpin seharusnya memimpin bukan mengikut kehendak sesetengah pihak!!!
Memimpin dan Mengarah adalah perbuatan yang berlainan. Memimpin adalah membawa
pengikut dengan penuh keyakinan yang para pengikut itu faham arah tuju mereka.
Mengarah adalah menyuruh pengikutnya
melakukan apa saja tanpa peduli kefahaman pengikutnya kesan dari
perbuatannya!!!
Pemimpin harus tegas namun bertimbang rasa supaya hanya segelintir kecil sahaja yang tidak mahu memahami kehendaknya!!! Bukan semua orang boleh setuju dengan kehendak majoriti, namun peminmpin mesti sedarkan supaya mereka yang tidak sehaluan boleh menerima kenyataan. - Suhaimi Nawir FB
Pu3 secara pribadi menilai kata-kata
ni adalah ayat pengakuan berlapik, mempunyai niat yang meragukan. seperti yang
saudara suhaimai nawir katakan tadi. benar, sebagai seorang pemimpin adalah
tanggungjawab dirinya memimpin orang ramai untuk menyertai apa yang hendak
diperjuangkan. menyelami keperluan orang ramai. bukan jadi pak turut beragenda.
ataupun kata-kata pemimpin di atas lebih kepada meletakkan beban rakyat konon yang
memaksa dia berbuat demikian. maaflah, pu3 tak melihat pemimpin ini layak
memimpin kerana tidak yakin dengan apa yang dibawanya mewakili kumpulan ramai
pemimpin ini bukan sekali dua menimbulkan keraguan. Tindakannya menampakkan perlu BERAWAS. bukan pu3 tak kenal. memang kenalpun! kenapa, adakah tulisan pu3 sebelum ini kena pada batang hidungnya. Nasiblah, siapa yang buat memang kena punya. cuma pu3 taklah direct nama siapa individunya kerana pu3 masih menjaga statusnya sebagai pemimpin
pesanan pu3, kalau ikhls berjuang untuk rakyat. Buatlah yang cara terbaik. nampak kata nakkan rakyat, tetapi khabar angin menampakkan perjuangan untuk diri sendiri. Rakyat hanyalah alasan semata.
CERITA KEDAI KOPI INI BUKAN FITNAH TETAPI CERITA REALITI HANYA NAMA SIAPA DITUJUKAN SAHAJA DIRAHSIAKAN. HANYA YANG MAKAN CILI DIA KAN TERASA BAHANGNYA
Comments
Post a Comment