TINDAKAN LUAR BIASA WAN AZIZAH KE ATAS ISU SHAMSIDAR

PEWARIS ANAK BANGSA

Kenapa wan Azizah terus brdiam diri? Tidak bertindak walau seinciwala desakan demi desakan dibut untuk dia membuka mulut apabila terbocornya hubungn Anwar-Shamsidar satu ketika dahulu.  Kalau etakat saabat ataupun rakan, itu perkara biasa. Tak perlu buat andaian. tetapi kalau  berita hubungan sehingga ke aksi katil ni, takkan tak ada perasan juga dan menganggap ia adalah suatu yang biasa2 sahaja. atau sememangnya Wan Azizah sudah biasa denga perbuatan luar biasa suaminya dan tak menganggapnya sebagai luar biasa. Hmmmmm.......  macam-macam andaian boleh dibuat dengan sikap BERDIAM DIRI isteri Anwar Ibrahim ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa tampil membuat kenyataan rasmi berhubung tuduhan salah laku moral suaminya iaitu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri Timbalan Presiden parti itu, Shamsidar Taharin.

Wan Azizah digesa menjelaskan hubungan antara kedua-duanya memandangkan individu yang dituduh iaitu Anwar bukanlah rakyat biasa tetapi pemimpin parti politik yang berpengaruh di negara ini.

Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, sikap berdiam diri Wan Azizah juga mengundang persepsi seolah-olah beliau cuba menyembunyikan sesuatu.

"Sebagai seorang isteri, pastinya beliau tahu rahsia yang disembunyikan Anwar dan tindakan berdiam diri hanya menambahkan keyakinan masyarakat terhadap kebenaran semua tuduhan salah laku tersebut.

"Satu lagi persoalan adalah mengapa beliau tidak menyerahkan jawatan Presiden parti kepada suaminya, adakah kerana takut jika Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan, tiada sesiapa yang akan menggerakkan jentera parti itu nanti?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula berkata, sebagai seorang isteri, Wan Azizah mempunyai tanggungjawab menjelaskan tuduhan itu kerana tindakan berdiam diri menunjukkan beliau tidak jujur dan ikhlas kepada masyarakat.

"Dalam isu ini, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar di sebalik tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar dan Wan Azizah merupakan individu paling sesuai untuk tampil menjelaskan sebarang kekeliruan," jelasnya.

Tambahnya, dalam budaya masyarakat di negara ini tindakan berdiam diri seolah-olah mengiyakan tuduhan yang dibuat dan masyarakat seharusnya mampu menilai parti dan pemimpin terbaik untuk memacu negara berdasarkan sikap Anwar dan Wan Azizah.

Comments

Popular Posts