JAWAPAN KBS BERKENAAN KPOP DI #HBN2012

PEWARIS ANAK BANGSA

Melhat kejayaan Himpunan Jutaan Belia 2012.ak tetap punggung pakatan nak menyelongkar buat isu. dari cerit Ds Hishamuddinnya dan terkini cerita K-Pop yang dicanangkan menggunakan duit rakyat.  sila baca kenyataan di bawah .

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

SIARAN SEGERA


KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN


PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.

Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.

“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.

“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.

KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First. 

Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.

Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.

Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.



DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.


1 JUN 2012 

Comments

Popular Posts