BUSUK SUNGGUH HATI MAHFUZ!!!!

Pu3 nak kongsi 1 artikel bukan tulisan pu3 ini untuk dibaca para sahabat budiman tak kira pro-BN dan terutama Pro-Pembangkang yang sehari dua ni asyik menyalak di blog pu3. Ayat power kelaziman depa kat mana-mana. Caci maki sumpah seranah dan menghina. Pu3 tak hairan pun. Layannnnnnn.....

Sila baca ini :
Niat Jahat Mahfuz Tuduh Polis Dan UMNO Sabotaj Himpunan Hijau 100k Untuk Tutup Kemaluannya?

Rasanya sudah dijangka PAS akan menggunakan taktik kotor di Himpunan Hijau Ke Putrajaya apabila dilaporkan dua beg plastik mengandungi dua buah bateri motosikal dan jam loceng ditemui oleh petugas yang membersihkan Stadium Darulaman yang menjadi lokasi himpunan tersebut.

Menariknya, PAS cepat-cepat menyatakan bahawa ia adalah dua set "bom jangka" yang cuba diledakkan oleh para penyokong UMNO di himpunan yang kononnya dihadiri oleh 100,000 orang penyokong parti itu.

Apatah lagi nota yang ditemui di dalam bes plastik itu berbunyi…

"HAMPA ANAK BERANAK MEMANG CELAKA BABI ANJING TAK HABIS2 NAK ROSAKKAN ISLAM… LGBT PUN HAMPA SOKONG… DEMI ALLAH DARAH HAMPA ANAK BERANAK HALAL BAGI KAMI… TUNGGU MASA SESUAI SAHAJA… ALLAHUAKBAR."

Maka bersalak-salakanlah para pemimpin dan penyokong PAS menuduh bahawa UMNO yang punya angkara dan cuba mencetus keganasan terhadap mereka.

Untuk rekod, ketika artikel ini ditulis, belum ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak, termasuk oleh para pemimpin PAS mahupun para penyokongnya.

Yang ada ialah penyebaran pertuduhan beberapa pemimpin PAS Kedah dan para penyokongnya di Facebook yang menuduh UMNO sebagai dalang ancaman tersebut, selain mengesyaki pihak polis atau special branch (SB) yang cuba mensabotaj himpunan tersebut.

Persoalannya, apakah mereka punya bukti untuk menuduh UMNO sedemikian rupa? Dan apakah pihak berkuasa yang sangat banyak membantu kejayaan penganjuran himpunan itu tergamak melakukan sabotaj begitu rupa?

Yang peliknya, tiada pula sebarang unsur pembuatan bom jangka di dalam penemuan tersebut. Apakah bateri motosikal mampu diletupkan oleh jam loceng? Lainlah kalau "detonator" dan "main charge" yang digunakan untuk membuat bom jangka ditemui bersama…

Paling tolol ialah kenyataan Pengarah Majlis Himpunan tersebut, Mahfuz Omar yang tiba-tiba menuduh dan menyalahkan pihak polis, kononnya pihak berkuasa itu telah bertindak "menyerang dan mencetus keganasan" di stadium pada malam itu.

Tiba-tiba saja Mahfuz menuduh polis?

Padahal, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Fauzi Shaari, yang berucap pada malam itu sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada para anggota polis yang bertugas mengawal jalanraya dan menjaga keamanan di sepanjang himpunan tersebut.

Tiba-tiba saja Mahfuz bagaikan "anjing tersepit yang menggigit tangan yang melepaskannya" telah menuduh yang bukan-bukan terhadap pihak polis yang banyak membantunya di sepanjang program.

Sudahlah tidak punya sebarang bukti, tak malu pula berburuk sangka pada pihak berkuasa yang menolongnya? Apa punya jenis manusia Mahfuz Omar ini…

Pada saya, Mahfuz hanya mahu menutup malunya kerana gagal mencapai sasaran kehadiran para penyokong PAS di Stadium Darulaman pada 2 Jun lalu, terutamanya pada malam kemuncak majlis himpunan tersebut.

PAS mensasarkan seramai 100,000 orang untuk hadir di majlis itu. Memang benar stadium penuh dengan orang-orang PAS dari seluruh negara, termasuk di tengah padang.

Namun, perlu diketahui bahawa stadium itu hanya mampu menampung seramai 32,387 orang sahaja pada satu-satu masa dan Mahfuz memerlukan sekurang-kurangnya 3 buah Stadium Darulaman untuk memastikan sasaran 100,000 orang itu dicapai.

Sekiranya dipadatkan stadium dengan 40,000 orang, ditambah dengan 10,000 orang di padang, trek balapan, pintu masuk stadium dan di dalam tandas stadium, ditambah lagi 10,000 orang diluar perkarangan stadium termasuk para peniaga di gerai-gerai, jumlahnya hanya sekitar 60,000 orang sahaja.

Saya tahulah jumlah kehadiran para penyokong PAS kerana saya berada di lokasi himpunan dari selepas selesai solat Jumaat hingga majlis berakhir pada jam 12 tengah malam.

Meskipun saya hadir dengan niat sebagai pemerhati tidak rasmi dan menyokong UMNO, saya perlu berlaku adil dalam laporan bagi mengetahui tahap sebenar kekuatan PAS di Malaysia, khususnya di Kedah.

Terus terang saya katakan, jumlah kehadirannya tidak sampai 75,000 orang dan itulah yang cuba ditutup Mahfuz Omar agar dia tidak lihat sebagai seorang yang gagal dalam tugasnya…

Credit By dukeofmontecristo


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts