PAS MINTA JAMINAN PRU 13 BUKAN MUSIM HAJI?

memang mengarut. Selepas menerima hentaman banyak pihak setelah mengeluarkan arahan agar seluruh jentera pilihanraya PAS tidak menyertai atau tangguhkan ibadah haji tahun ni , Tuan ibrahim tuan Man, ketua penerangan PAS mendesak pula PM memberi jaminan PRU 13 bukan musim haji.


Memang lawak tak melucukan. Sah bukan orang ramai je mengutuk arahan penangguhan mengerjakan haji tahun ni. Rasanya ahli PAS sendiri mengamuk dengan larangan tersebut.

Dah nama pejuang Islam. Kenapa pula PAS boleh menghalang ahlinya dari melakukan ibadah rukun Islam yang ke-5 ini. Ianya adalah kewajiban umat Islam!

Siapa PAS nak menghalang peribadatan tersebut?

Siapa ketua perangan PAS nak memandai mendesak PM memberi jaminan PRU 13 bukan musim haji?

Sah memang PENGARUT SUNGGUH!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts