"RIAK" DAN TAKSUB KE ATAS NIK AZIZ BUKAN PENJAMIN SYURGA
suatu ketika dahulu, para musafir terpaksa melakukan ibadah solat di mana mereka berada apabila masuk waktu solat fardhu. Kerana kekurangan kemudahan tempat peribadatan.
zaman sekarang, di negara kita Malaysia. Rasanya setiap bangunan pusat membeli belah disediakan surau. Baru beberapa kilometer bergerak dah nampak masjid atau surau andai berjalan mengelilingi semenanjung Malaysia. R & R, tempat persinggahan rehat juga menyediakan kemudahan sama.
Tetapi, peliknya, ada juga kumpulan manusia melakukan solat dalam kawasan terbuka. Walaupun lokasi mereka berada hanya selangkah cuma sampai ke masjid dan surau. Menjadi persoalan pu3 kenapa itu terjadi?
Ada perkara menambah keinginan pu3 mencari penjelasan. Apabila pu3 melihat beberapa gambar nik aziz solat sendirian tetapi di kerumuni pemerhati, siap dengan juru gambarnya. Eh? Klu solat fardhu, kenapa yang lain tak solat bersama. Andai solat sunat, adakah wajar diperhatikan seolah-olah nik aziz diasuh belajar solat yang betul. Atau, mereka menantikan sesuatu daripadanya. KEBERKATAN? MENGAGUNGINYA? Setiap kali gambar itu juga ditunjukkan oleh orang-orang pembangkang yang mengagungkan nik aziz. Membandingkan nik aziz dengan kepimpinan melayu yang lain. Memperlekehkan peribadatan yang dilakukan oleh pemimpin lain kerana tak satu kapal dengan PAS
Satu kalimah terbit dalam fikiran pu3. Adakah ini perbuatan riak? Menunjuk-nunjuk? Sebagai hasil mencari kepastian, pu3 kongsikan ilmu sedikit ini untuk panduan kita menilai bersama
Perbuatan riak dianggap satu daripada penyakit rohani dan Islam memandangnya sebagai wabak yang mengancam kemurnian akidah orang Islam. Di kalangan orang Islam riak masih wujud dalam kehidupan hari ini walaupun sifat dan perbuatan itu dibenci Allah s.w.t. Ulama Islam berpendapat riak adalah sifat yang tidak baik diamalkan oleh orang Islam. Dalam Islam, riak adalah sifat yang cukup keji kerana ia boleh membinasakan segala kebaikan yang pernah dilakukan selama ini dan merosakkan pahala amal soleh seseorang. Sifat riak sebenarnya boleh dihindari dengan memperkuat atau mempertingkatkan iman dan hati sentiasa takut akan azab dan seksa Allah di akhirat nanti.
Menurut Imam Al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan. Sementara Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat riak ialah menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: "Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak." (Surah Al-Maun ayat 4-6).
Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.
Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: "Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya." – (Surah al-Kahfi, ayat 110)
Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.
Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.
Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi." – (Surah az-Zumar, ayat 65)
Firman Allah lagi yang bermaksud: "Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh." – (Surah al-Hajj, ayat 31)
Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.
Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.
Hmmmm.. Faham maksud penjelasan tadi. Boleh bayangkan dengan gambar yang pu3 tunjukkan. Bukan niat pu3 nak mengaibkan. Kerana gambar-gambar ini jugalah menyebabkan pu3 membuat pencarian untuk perolehi kepastian.
Nak berhujah dengan manusia yang riak ni, kenalah tunjukkan ilmu yang setara dan sama arasnya atau tinggi dari apa yang mereka konon tahu. Pu3 nak menyedarkan umat islam yang dah semakin songsang kerana ketaksuban mereka pada nik aziz ni, memikirkan. Siapa sebenarnya Maha Berkuasa. Walaupun murkanya nik aziz kerana tidak diikuti perintahnya. Tak akan mengheret kita ke neraka. Dan apa yang dicintai nik aziz, tak bermakna jaminan kita menjejak ke syurga. Yang menentukan syurga atau neraka adalah Allah swt.
Renung-renungkan dan selamat beramal ....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PU3, kau tak tgk lagi ke nik abduh solat atas rumput depan satu bangunan? nak menunjuk sesangat la dia tu bagus...awat kat bangunan tu takdak surau ka?
ReplyDeletehihihihi pewaris genatik tu. tak ada kot suau. dia nmpk tandas shj kot
Deleteberhati2 thdp ap yg anda katakan pu3... malaikat tgh mencatat dosa n pahal yg kta lakukan....
Deletehgytd
ReplyDeleteAssalammualaikum cik
ReplyDeleteOrang solat pun kau persoalkan. Yang YB Islam pergi main judi kasino, bawa pelacur, minum arak, dedah aurat, pergi haji, balik tak pakai tekekung, apa barang!
Nak solat mesti ikhlas. Ini pandai komen sendiri hati pun masih hitam dan bergelomang dosa mengumpat.
Apa pun semoga Allah beri kau hidayah sebelum meninggal. K.
waalaikumsalam saudara kecut. part YB main kasino ker, minum arakker itu urusan dosa mereka. tetapi hal hukum Islam, lagi besar dosanya kerana ada perbuatan syirik kecil dilakukan
Deletesolat yang ikhlas bukan begini caranya saudara. menunjuk2.. menandakan orang yang Riak.
mendidik untuk kebenaran bukanlah mengumpat perkara yang salah. saya kenalah beri contoh yang realiti untuk lebih mudah difahami. saudara kena cili padi ker, ?
terima kasih atas doa itu. semoga saudara kecut dibuka hati untuk kembali bertaubat dan menemui jalan yang SEBENAR amin
Asalammaualaikum
ReplyDeleteOrang yang mengumpat atau menghina seseorang itu, mungkin lebih buruk perangainya daripada yang perkatakanya. Orang baik melaksanakan perintah Allah pun diumpat. Samalah dengan mempersendahkan perintah Allah. Sesat-sesat. Adalah lebih baik jaga mulut itu. Gunakan untuk mencegah orang berjudi, makan rasuah, menesihati yang tidak menutup aurat, bukan kah itu ahlak mulia.
Bersihkan hati yang hitam itu dengan hati yang bersih dengan lafaz zikir dan niat yang baik.
waalaikumsalam
Deletekena pada ditiker. apa yang saya tuliskan itu adalah cerita dan pengetahuan dalam Islam. bukan mengumpat tetapi perkongsian yang membuatkan korang sedar wahai saudara pengecut.
sila nilai diri anda. adakah anda memperhambakan diri kepada Allah sehingga atau memperhambakan diri kepada nik aziz sehingga tkut kemurkaannya
saya hanya takutkan Allah dan tak akan gentar dengan ulasan manusia yang seperti saudara
semoga Allah beri petunjuk hidayah kepada saudara melihat kebenaran
semoga Allah bg ptunjuk kpd saudari cyber pu3 jgk. just nk ckp dlu ak pun duk mngata2 jgk...tp lps pk balik...mnda ni jd sbb org2 bwhn dia... kerana nila stitik rosak susu sebelanga... ak adlh hamba Allah.. rujukan ak alquran n hadis... guruku?? jika tiada guru/ulama utk mgajar agama kt dunia ni, kita hdp dlm ksesatan dh... TGNA cma mjlnkn tugas dia, mlaksanakan perintah Allah n nabi kita agar islam xluput dtelan zaman... jgn cpt melatah pu3... beware dgn ap yg dperkatakan... ak xkn menghina ulamak... :)
DeleteAku respek Nik Aziz sebabgai org tua2 dan ulamak aje. Yg aku tak respek anak2 buah bawah2 dia yg berjalan serong dari agama. Mereka sembahyang sembahyang, tapi bila lepas sembahyang macam2 hal bodo diorg ucap atau buat. Islam mengajar perpaduan bukan mengajak perpecahan seperti melabel semumat lain kafir. Kan itu keadaannya seperti mengajak perpecahan? Kesian Nik Aziz kekadang dapat AJK ato penyokong yg tak reti jaga nama baik Niz Aziz. main sedap aje tindakkan korang. Anak yg memalukan ketua nya sendiri. Islam bukan rebel rebel rebel aje kejenya.
ReplyDeletesetuju sgt3
Deleteassalamu'alaikum. hidup aku hanya untuk Allah. manusia hanya dapat melihat tingkah laku manusia untuk penilaian. tapi soal hati hanya Allah yang boleh nilai. makna riyak - diperlihatkan. yang mana satu kita nak perlihatkan kepada orang lain. keta'atan @ keingkaran? jika keingkaran yang kita lakukan di tengah khalayak..maka makin berleluasalah amalan itu. begitulah sebaliknya. jika si pelakunya tetap melaksanakan keta'atan tersebut tatkala bersendirian..adakah kita nak labelkan sebagai perbuatan syirik? bersama-samalah kita berusaha mendapat redho Allah. wassalam.
ReplyDeleteSudah sudahlaa.. jangan sebabkan politik,kita berdebat dengan perkara yg kita sendiri pun taktahu sahih ke tidak.Maksud saya,kita taktahu niatnya apa.Doakan sahaja yang baik-baik untuknya.
Deletehonestly.I'm not PAS,PKR,DAP nor BN supporter.Jika seseorang itu mempunyai ciri2 kepimpinan yg dapat memimpin rakyatnya maka itula yg saya sokong.Saya taknak jadi seorang yang 'BUTA' atau 'PEKAK'.
Maafkan saya jika terkasar bahasa.Maaf sangat sangat.
3. Hakikatnya seluruh bumi milik Allah ini adalah masjid (tempat solat), kecuali tempat-tempat tertentu spt kuburan dan tempat yang jelas najisnya. Banyak nasnya. Memadai saya bawa satu saja dulu.
ReplyDeleteDari Abu Sa’id Al-Khudry, dia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Seluruh bagian bumi adalah masjid, kecuali kuburan dan kamar mandi’.” (Hadits shahih, riwayat Ibnu Majah, Abu Daud, dan Tirmidzi).
Maka itu, harus solat di mana jua, meski atas rumput. Nampak lahirnya yakin bersih, haruslah solat di atasnya. Adapun mungkin ada najis, itu hanya sangkaan. Sangkaan tidak boleh membatal yang yakin.
4. Solat terbuka ini juga merupakan satu dakwah. Menjadi motivasi kpd orang lain untuk suka bersolat. Ramai orang buat maksiat, juga cara terbuka (spt pesta k-pop di putrajaya dulu). Apa tujuannya? Agar budaya itu dinikmati dan disebarkan. Mungkin kita tak sedar. Perancang dibelakang tabir - freemason, gerakan kristianisasi dll itu - yang tahu tujuannya.
5. Jika semua solat mesti sembunyi, tak perlulah kita bina mesjid di tengah bandaraya dan ditempat tinggi. Bukankah orang lain nampak dan tonton?. Apa pula kata orang bukan Islam dan dunia seluruhnya?
bkn masalah riak. TGNA solat dia xsuh pun org pegi duk kt tepi dia amik gambar bagai... rmh TGNA ad kebun kt blkg...dia biasa pegi...mgkinla msa dia pegi stu n solat kt situ ttibe ad wrtawan dtg ke ap ke... jgnla duk ckp org riak camtu... xbaik tau... zmn nabi dulu, ad sorg ni dia msk syurga sbb dia mencintai org yg cintakan ulama'.. wallahualam...ak bkn la pandai sgt... tp ak xnk la mengata kt ulamak... TGNA xpnh mtk pun org myanjung dia... FYI, TGNA ni ulama ke 40 dlm dunia... ilmu agama dia sgt tgi.. ulama2 tbesar dunia pun knl dia... jgnla sbb hala2 kecik mcm ni dsbbkn pgikut2 TGNA yg kdgkala ntah pape, ko nk ckp TGNA ni riak... my opinion jela... sekian
ReplyDeletepu3 kna blajar lbh dalam lg... kena faham lbh dalam lg akn bnda ni... ramai org mcm pu3 disekeliling skg ni... perjuangan islam xakan mudah menang sbb yg sukar itu, pengakhirannya nnt seribu kemanisan... semoga Allah merahmati TGNA supaya terus memperjuangkan agama islam ke landasan kbnrn.... amin... pu3, jgn sbb kebodohan org2 dlm parti pas, pu3 menghina TGNA... :)
ReplyDelete