PAKATAN PANIK PTPTN MEMBEKUKAN PERMOHONAN BARU UNISEL
KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN ISU PEMBEKUAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
7 JUN 2012
1. Sejak akhir-akhir ini, terdapat suara dan desakan supaya pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
2. PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandangkan berat cadangan dan desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai oleh kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia dan komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekaligus menolak pinjaman PTPTN.
3. PTPTN percaya ada kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma dan dengan demikian, pinjaman PTPTN untuk para pelajar tidak diperlukan. PTPTN telah menimbang perkembangan ini dan membuat keputusan untuk menangguhkan pinjaman PTPTN kepada para pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) buat sementara waktu. Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
4. Tambahan pula, terdapat kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggesa agar peminjam tidak membayar PTPTN, akan menjejaskan keupayaan pembiayaan PTPTN di mana dana bayaran balik ini akan digunakan untuk membiayai pinjaman bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di UNISEL.
5. Dalam situasi begini, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membayar balik dan sudah tentulah akan menjejaskan kemampuan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar baharu. Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan UNISEL dalam perkara ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menurut menteri pengajian tinggi DS Mohamed khaled norsin dalam mengesahkan pembekuan PTPTN untuk UNISEL dibuat bertujuan menentukan keupayaan pembangkang memberi pendidikan percuma di negeri yang dibawah tadbir mereka. Ianya hanya membabitkan permohonan baru April lepas
" Bagi pelajar yang sudah menerima PTPTN, pinjaman mereka akan diteruskan seperti biasa. Pembekuan ini hanya libatkan permohonan baru" khaled berkata PTPTN membuat keputusan ini awal bulan lalu kerana mereka juga menerima tekanan politik dari pembangkang yang mahukan pelajar pengajian tinggi diberi pendidikan percuma di negara
Tambahnya PTPTN membuat keputusan ini sejurus sebelum pengambilan pelajar bagi sesi baru bermula dan ia telah dimaklumkan kepada pihak kementerian.
"PTPTN mahu memastikan berapa seriuskah pihak pembangkang dalam menawarkan pendidikan percuma. Jika mereka serius maka institusi milik negeri seperti UNISEL tidak perlu memohon kemudahan pinjaman pelajaran daripada PTPTN kerana pendidikan sepatutnya ditawarkan secara percuma kepada pelajar oleh negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat " khaled. (Star)
Tetapi apa yang jadi, rafizi mulai mengaum panik menerima berita berkenaan. Respond rafizi sangat luar biasa paniknya
" Jika itu (pembekuan sementara PTPTN) benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik sekarang"-rafizi
punya hebat rafizi berdebat bagai rak mempertahankan pengajian percuma ini wajib dilakukan sehingga menyokong habis apa yang dilakukan oleh kumpulan budak gelendangan di dataran merdeka selama 7 hari itu kerana nak menghapuskan PTPTN. Hello bro. Ini baru pembekuan bersifat sementara
Kalu nak percuma, inilah masanya kerajaan pakatan membuktikan kata-kata perjuangan mereka di tempat sendiri. Apa hal panik. Dah mencadang dan disokong. ON kan jelah! Selangorkan negeri yang punya simpanan banyak kata MB Gagap. Tapi kenapa berang? Cuba baca respondnya
" Saya akan menyuarakan bantahan ini kepada kerajaan pusat.. Ini adalah komitmen kerajaan pusat kepada para pelajar pengajian tinggi"
Hahahahaahha...kasihan sungguh.
Ada lagi paling kelakar apabila terbukti bahawa kepimpinan PKR sendiri tidak sepakat dalam memutuskan pengajian percuma seandainya Pakatan menang kelak.
Anwar kata di permatang pauh : 1 Tahun
Mb gagap kata : 100 hari
Mb gagap kata : 100 hari
Pentadbiran Pakatan selangor dah menolak mentah-mentah nak membantu pelajar baru UNISEL yang dimaklumkan lebih seribu orang yang mendaftar. Tak percaya? Cuba baca kenyataan exco pendidikan selangot Dr Halimah Ali dalam 1 kenyataan laman TV selangor
"PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai mangsa politik pihak tertentu"
Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan"
Korang kena ingatlah. Kenapa tak memikirkan perkara dalam menyokong pengajian percuma.
Anwar mana? Dia kan banyak duit. Dah dia juga menyuruh pelajar yang ada membuat pinjaman PTPTN tak perlu membayar semula. Itu tanggungjawab kerajaan untuk memberi pengajian percuma. Kenapa nak mendera pelajar?
Sekarang masa untuk awak membantu pelajar UNISEL membayar seluruh pengajian mereka. Apalah sangat dengan seribu lebih orang tu berbanding duit yang dah berkarat dalam akaun.
Kepada MB selangor khalid ibrahim. Kata sejak selangor di bawah pemerintahan PKR, simpanan duit dh meningkt berganda. Sila-silalah gunakan kewangan itu untuk kebajikan UNISEL. Buktikan bahawa kerajaan selangor PR mampu memberi pendidikan percuma. Bukan seluruh pelajar tau. Hanya lebih seribu pelajar baru tu je
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
korang ni xde akal ke? kate nk bg pendidikan percuma bila dah menang pru akan datang. bkn skrg. skrg korang yg pegang royalti minyak. so jgn ckp bnyk. LAWAK SGT.
ReplyDelete