INDAH USAH HANYA ATAS KERTAS

Comelkan pelajar dalam gambar di atas. Mereka inilah pelapis pemerintahan negara akan datang. Kegagalan proses membentuk identiti ini, bererti kita akan kehilang pelapis tersebut.

Pu3 menghadiri jemputan program kecemerlangan SKOR A dalam sebuah sekolah di kawasan pu3. Persoalan pu3, program yang baik, bagaimana pengisiannya?

Pu3 tahu, prestasi sekolah tersebut, bukanlah sebuah sekolah pengursan yang cemerlang. Saban tahun, pu3 memang mengikuti prestasi peperiksaannya. Belum ada rekord keputusan UPSR mencapai 5A. Terbaikpun 4A. Pu3 berharap, tahun ini, adalah pengkhabaran baik diterima.

Kenapa pu3 menjadikan majlis ini di dalam blog ini adalah, ucapan perasmi majlis yang menarik perhatian pu3.

" Kecemerlangan akademik bermula dari usaha. Perancangan yang baik sangat diperlukan. Tetapi ia tidak akan cemerlang seandainya yang indah itu hanya di atas kertas"

Fuhhhh.. Pu3 sukakan kenyataan tersebut. Betul. Pu3 membayangkan sekolah pedalaman jauh di sarawak. Walaupun insfrastrukturnya sangat minima. Tetapi saban tahun sebahagian besar pelajarnya memperolehi keputusan UPSR 5A.

Sekolah ini. Sudah tahun ke-4 pu3 tawarkan, seandainya ada pelajar memperolehi 5A. Hadiah akan pu3 sumbangkan sebagai galakan. Sehingga ini. Belum ada mencapai tawaran pu3. ( Psssssttt.. Selamat seketika. )

All the best anak-anak calon UPSR di sekolah tersebut.

Comments