RAFIZI TERKANTOI

Akhirnya hari ini terjawablah sudah gosip politik yang direka oleh saudara Rafizi tentang tempahan majlis sambutan hari jadi Datuk Seri Najib bernilai RM79,053 yang kononnya dibuat atas nama Pejabat Perdana Menteri.

Hotel Shangri-La Kuala Lumpur hari ini sekali lagi 'membersihkan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak daripada dakwaan pembangkang bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah dibilkan RM79,053 untuk majlis sambutan hari jadi beliau.

Dalam kenyataan akhbar yang ringkas, pengurusan hotel itu berkata majlis pada 24 Julai tahun lalu itu telah dibayar sepenuhnya oleh Najib sendiri.

"Selepas selesai acara katering, hotel ini menerima bayaran penuh dari PM pada 16 Ogos 2011.

"Kami sahkan bahawa acara tersebut bukan dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri," kata hotel itu ketika menjawap pertanyaan dari portal berita Free Malaysia Today.

Ia juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.

Menurut borang itu, RM21,495 dibelanjakan untuk makanan dan minuman, RM31,800 bagi gubahan bunga dan RM13,038 bagi persembahan dua pancaragam, manakala RM12,720 bagi caj pengendalian untuk makan malam 100 orang.
Sumber – Malaysiakini

Ps: selalu sangat terkantoinya pembunyi n pencanang Pakatan ni. Tapi penyokong tetap telan tahi yang dihulurkan depa. Makannnnn jangan tak telan yer. Bukan kami yang desak korang makan. Dah diberi maklumat betul, masih juga terima pakai penipu2 pakatan ni

Comments

Popular Posts