SPEAKER DUN SELANGOR TERKANTOI

Speaker DUN Selangor kantoi habis...bila rahsia bocor.....

Ini baru kes lawak.Kata orang pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Dari segi prinsip semua Speaker baik Parlimen maupun Dewan Undangan Negeri kena bersikap adil semasa mengendalikan sidang masing-masing.

Namun Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chan Kim kantoi habis Selasa gara-gara beliau tersilap semasa menghantar mesej sulit menerusi telefon Blackberry kepada semua Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat semasa sidang sedang berlangsung.

Dalam mesej sulit itu beliau meminta semua Exco mempromosi kehebatan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Teng buat silap besar dan rahsia tindakannya yang menyalahi etika sidang itu bocor kerana beliau turut hantar mesej berkenaan kepada ADUN Bebas Gombak Setia,Datuk Dr Hasan Ali kerana terlupa beliau bukan lagi Exco.

Makanya mesej sulit itu terus diketahui oleh semua ADUN BN yang sedang hadiri sidang.

Akibatnya mereka bertindak memprotes kerana Teng telah langgar prinsip Speaker mesti bebas dan adil.Mereka menuntut Teng minta maaf tetapi beliau enggan. Ekoran itu tujuh ADUN BN bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.

Ada yang kedengaran menyindir inilah contoh keadilan dan kebebasan yang dilaungkan oleh PR.-

Sila klik link ini : Blogtrottrhttp://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/speaker-dun-selangor-kantoi-habis-bila-rahsia-bocor.html

Comments