Followers

LAUNCH THE BOOK YAB DSP MUSA AMAN

Pu3 malam ini menghadiri majlis pelancaran buku ketua menteri sabah YAB. Datuk seri Panglima Musa Aman. Buku bibliografinya dalam edisi Bahasa Melayu dan bahasa inggeris. Pu3 dapat edisi Melayu.

Salah satu kalimah dalam buku menarik perhatian pu3 " Kekalahan menguatkan keazamannya untuk menjadi politik sebagai saluran untuk berkhidmat dan membuatkan dirinya disayang rakyat"

Bertempat Ballroom Magellan sutera Habour kota kinabalu, buku ini dilancarkan oleh TYT Sabah. Tun Jahar disaksikan jemaah menteri Sabah bersama jemputan yang memenuhi ruang dewan. Pu3 bertuah sebagai sebahagian yang menyaksikan pelancaran penuh simbolik.

Menariknya, YAB DSP musa meluangkan masa melayan jemputan dengan kesudiannya menandatangan sendiri buku tersebut. Walau malam semakin lewat, jemputan setia berbaris menanti giliran untuk dapatkan tandatangan ketua menteri Sabah sebagai kenangan istimewa.

Pu3 akan usahakan dapatkan tandatangan YAB kelak pada buku ini, biarkanlah jemputan lain dahulu. Sebab pu3 yakin, ruang masa untuk pu3 perolehinya pasti ada. Insyallah .

No comments:

Post a Comment