ANDAI SABAH DIPERINTAH KUMPULAN PAKATAN

Jika pakatan rakyat memerintah Sabah akan menjadi berpecah belah.. ini kerana antara mereka saling tidak bersefahaman sesama mereka.. Sekrang ini sahaja sudah nampak taringnya. SAPP dengan pembawaannya, STAR dengan semboyannya, PAS dengan raungannya, PKR dengan girigitannya (kegeraman), SPF dengan angan-angannya. Tiada satu kepala dan sefahamannya.

Tak perlu mengandai masa akan datang. Pandang sahaja pemerintahan berlaku dinegeri-negri bawah pemerintahan pakatan.

Penang, Dap dengan caranya..
Selangor, Pkr dengan caranya..
Kedah & Kelantan, Pas dengan caranya..

Keputusan tak pernah satu. Masing-masing hayun pandangan masing-masing. Bertelagah memnag lazimnya, bercabar sudah banyak parutnya.

Andai Sabah pula mereka dapat adakah kedudukan rakyat di Sabah akan stabil sosial dan ekonominya ??

Pu3 percaya kesan drpd itu, Sabah akan jadi kacau bilau politiknya..
dan paling dibimbangkan adalah kestabilan ekonominya. Pemimpin pakatan sekarang sudah nampak masa memegang pemerintahan tukang bawa lari duit, raja lompatnya gadaikan diri , tukang bergendang ada. Kalau bagi negeri Sabah. Sah apa yang ada sekrang. Tidak akan bertambah. Fokus asyik berebut kerusi nan 1, pentadbiran sah bertabur.

Fikir-fikirlah. Perangai sekrang sudah dapat dibayangkan andai kuasa di tangan mereka. Nau'zubillah!

Comments

Popular Posts