ISU BISEKSUAL. ANWAR FAILKAN SAMAN RM100j

Oleh NORAZLITA MOHD SIES

KUALA LUMPUR 26 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta, terhadap Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Anwar memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Anwar selaku plaintif, menamakan Nallakaruppan, UMMB dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing selaku defendan pertama hingga ketiga.

Saman itu berhubung artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: "Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla" bertarikh 20 Mac lalu. – UTUSAN

P/s: bila Anwar nak saman Ummi hafilda Nalla pasal berdate dengan isteri azmin ali pula? N bila anwar nak sama dto eskey dgn kes pemalsuan video aksi panasnya dengan china doll? Bila anwar nk sama karpal singh yg mengeluarkan kenyataan "suka sama suka" mewakili pegakuan bahawa memang anwar peliwat? Heheheheh pu3 nantikan tu!

Comments