SIBUK BEBENOR JUANG IDEOLOGI POLITIKNYA, POK NIK LUPA KEWAJIBANNYA

KOTA BHARU - Akibat sikap berpolitik di dalam Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) oleh kerajaan Pas Kelantan, beribu pelajar itu terpaksa menuntut ilmu di dalam serba kekotoran akibat masalah kekurangan bekalan air. Lebih malang lagi anak Kelantan yang menuntut ilmu megikut syariat islam, telah diabaikan oleh parti, yang mendakwa ia memperjuangkan Islam dan negara berkebajikan, iaitu Pas. Amat memalukan apabila kerajaan Kelantan melakukan penginayaan selama 22 tahun terutamanya golongan muda yang ingin menuntut ilmu hanya disebabkan sikap tidak bertanggungjawab oleh AKSB.

Pendedahan ini dibuat dalam Persidangan Dewan Rakyat bahawa sebanyak 39 daripada 77 buah sekolah yang mengalami masalah bekalan air awam di Kelntan berada dalam kedudukan yang amat kritikal. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata bekalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah diminta supaya meningkatkan sistem bekalan yang kecil dan tidak mampu menampung tekanan tinggi..

"Sebanyak 77 daripada 585 sekolah tidak mendapat bekalan air awam yang diusahakan oleh AKSB justeru Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah mengadakan musyuarat yang dihadiri oleh semua pegawai pelajaran daerah Kelantan, pegawai dari Jabatan Kesihatan serta pengurus besar AKSB pada 23 Okt tahun lepas untuk meneliti secara mikro kedududkan bekalan air di sekolah dalam negeri Kelantan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas)

Comments

Popular Posts