ANWAR MENGARUT LAGI

Pu3 saja nak kongsi 1 kenyataan Anwar tunjuk konon beraninya mengajak berdebat terbuka. Bukan sahaja bersama Raja petra malahan mengajak YAB DS najib. Ini bukan tokok tambah. Baca ya

---------------------------------------------------------
Tulisan mohd martin kahar-KUALA LUMPUR 22 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berdebat dengan blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran pengasas Wikileaks Julian Assange.

Beliau berkata, Assange telah menghubunginya melalui twitter untuk menganjurkan debat antara Raja Petra dan Najib yang akan dianjurkan sendiri oleh Wikileaks.

"Saya berkata saya bersetuju dengan debat yang ingin dianjurkan itu. Sebelum ini saya diwawancara Julian Assange tetapi Raja Petra mahu menumpang. Saya kata kepada Julian saya hanya bersetuju dengan permintaan asal sahaja.

"Oleh kerana Julian Assange melihat Raja Petra dan Najib seolah-olah berminat, beliau ingin menganjurkan debat antara kami bertiga," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini Anwar diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.

Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.

Anwar kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.

Anwar berkata, debat yang akan dianjurkan oleh Wikileaks itu akan diadakan secara terbuka dan akan disiarkan secara langsung seluruh dunia.

Bagaimanapun beliau berkata, tarikh untuk program debat itu masih belum ditetapkan kerana Julian Assange perlu mendapatkan maklum balas daripada Najib dan Raja Petra terlebih dahulu.

"Kalau kedua-dua mereka bersetuju saya bersedia berdebat pada bila-bila masa," kata Anwar.
---------------------------------------------------------
Persoalan pu3. Kenapa nak ajak 2 individu sekali? Power kaw2 si tukang karut ni. Perkataan "kalau" itu menunjukkan andai hanya raja petra sahaja nak berdebat.. Sudah tentu anwar menolak debat terbuka.

Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global? Hehehehe masalah politik keluarga PKR tak mampu nak settle nak pula bincang isu politik global. Tapi biasalah kan pelipur duka ni, memang diminat oleh mereka yang dahagakan cerita MERIAH. King of Drama sudah pasti individu SESUAI untuk membawa watak tersebut.

Dahaga glamour seluruh dunia.macam tulah. Masa raja petra cabar debat kesnya, senyap je anwar ni nak mengulas. Datang wartawan antarabangsa, "lecak ja lidahnya bertuturan berani!- lembut je dia mengaku berani berdebat bersyarat. Cehhhh! Mengarut si pengarut ni!

Pu3 tertanya2 cun tak julian assange tu.. Yg nak komen lepas ni, sertakan wajahnya yer.. Heehehehhe

Comments