#TANDA PUTERA: KERAJAAN PULAU PINANG NAFI SUMBANGAN TUN RAZAK DAN TUN DR ISMAIL????: SHUHAIMI BABA

Ashwad Ismail | Kemas kini : Ogos 29, 2013
KUALA LUMPUR :  Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menasihatkan pawagam di negeri itu agar tidak menayangkan Tanda Putera sebagai refleksi pendirian menafikan sumbangan dua tokoh negarawan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Pengarah dan Penerbit filem tersebut, Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata senario itu juga menterjemah sentimen prejudis yang menebal sekaligus tidak dapat membezakan antara politik dan karya seni.

Hanya yang menonton wayang sahaja berfikiran terbuka -- Shuhaimi Baba

KUALA LUMPUR:  Penerbit dan pengarah filem 'Tanda Putera', Datin Paduka Shuhaimi Baba 
mengakui tidak semua rakyat Malaysia berfikiran terbuka dan bersedia menerima filem yang berunsur patriotik.

Shuhami berkata hanya mereka yang menonton wayang sahaja berfikiran terbuka dan sanggup menerima filem yang berunsur patriotik dan mempunyai pandangan berbeza berbanding mereka yang tidak menonton wayang.

Katanya, masalah timbul apabila golongan yang tidak menonton wayang sering menimbulkan kontroversi dan menjadikan keadaan bertambah sukar.

"Saya sebenarnya sudah silap apabila menganggap semua rakyat Malaysia sudah matang dan berfikiran terbuka apabila bercakap mengenai filem yang mempunyai padangan berbeza.
"Namun yang berlaku sebenarnya, mereka yang menonton wayang sahaja berfikiran terbuka dan matang tetapi yang tidak menonton wayang sebaliknya.

"Mereka yang tidak menonton wayang ini selalunya akan membuat berbagai kenyataan dan pengkarya terpaksa mengikut kehendak kelompok ini," katanya ketika menjadi tetamu program Analisis Awani bertajuk 'Dokumentasi dan Pengkisahan Kemerdekaan' yang disiarkan secara langsung petang tadi.

Shuhaimi berkata beliau kesal kerana ada pihak yang cuba mempolitikkan sesuatu karya yang bersifat patriotik hingga menutup tujuan sebenar karya itu dihasilkan.

Beliau berkata, karya bersifat patriotik dihasilkan kerana sayangkan negara dan setiap rakyat seharusnya mempunyai sifat sayangkan negara dan mengenepikan perbezaan politik.

"Kita boleh berbeza pandangan politik tetapi dalam masa yang sama kita perlu sayangkan negara dan mengenepikan perbezaan politik demi negara," katanya.

Tayangan filem 'Tanda Putera' yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim tertangguh hampir dua tahun berikutan kontroversi kononnya mengandungi unsur negatif dan fitnah.

Filem itu ditayang serentak di 60 pawagam seluruh negara mulai hari ini.
Sumber: Astro Awani

Comments

Popular Posts