TINDAKAN AGRESIF WAJAR DILAKUKAN.... JENAYAH TEMBAK WAJIB DITUNTAS


 
Sejak akhir-akhir ini jenayah tembak mangsa semakin mendekati masa. Dalam tempoh beberapa hari sahaja.. kejadian menembak secara terbuka terutama sekali kejadian tembak sewaktu kenderaan yang dinaiki mangsa berhenti di lampu traffik mahupun simpang jalan.
 
Sebelum ini, sangat jarang kedengaran berita jenayah tembak berlaku kecuali ketika berlakunya rompakan di bank. Kenapa? Adakah kerana pengawalan sempadan negara agak longgar sehingga memudahkan penyeludupan senjata api berleluasa di negara ini?
 
Atau.. selepas tiadanya ISA atau undang-undang penahanan jenayah berat tanpa dibicarakan sehingga memberi laluan para samseng ala-ala mafia mulai tunjuk lagak! Sekiranya tiada tindakan sesegera mungkin, keadaan ini akan menimbulkan  keraguan pada kepercayaan keselamatan.
 
Jika jenayah rogol berlaku.. ia mungkin boleh dikawal melalui kaedah-kaedah keselamatan lawan berdepan. Mempelajari ilmu pertahanan diri sebagai salah satu kaedah. Tetapi berhadapan dengan senjata api ini.. apa ilmu pertahanan sekalipun ia tidak mampu ditangkis.
 
Adakah setiap individu kini perlu menyarung baju perisai sebagai langkah menjaga keselamatan diri dari menjadi mangsa tembakan? kalau itu berlaku.. pembekal pakaian perisai akan ketawa besar kerana jualan produk mereka laris. (Bukan fikiran negatif. Tetapi andaian jika ia berlaku) sama juga seperti penjualan produk antivirus untuk perisian komputer. Untuk melariskan produk.. virus juga dicipta agar berlaku penjualan dan pembelian. Tidak mustahil kebebasan memiliki senjata api bakal didalangi mereka yang memiliki produk membekalkan baju perisai kan. (Bukan nak fitnah. Tetapi dunia perniagaan seperti inilah sebilangan perjalanan hidup berniaga. Tiada permintaan tiadalah penjualan)
 
Pu3 sangat mengalu-alukan tindakan pengetatan di sempadan negara sebagai langkah mengawal penyeludupan berlaku. (Selalunya penyeludup ini akalnya lagi lugat dan licik berbanding pihak berkuasa. Sebab tu banyak kali selamat lepas) Selain itu.... diwujudkan semula undang-undang pengawalan jenayah berat yang mungkin kini ada yang sudah dibebaskan. Seperti yang dinyatakan  oleh YAB Perdana Menteri serta menteri KDN YB datuk seri ahmad Zahid Hamidi yang pu3 lihat sangat memandang berat isu jenayah tembak ini.
 
Andai situasi MUDAH perolehi senjata api ini berterusan. Pu3 boleh bayangkan kehidupan 'SURVIVAL ON GAME' Dalam mana-mana perisian action game akan menjadi kenyataan. TIDAK hairan juga siapa nak BERKUASA , KUASA bunuh dilakukan. Nak selamat tindakan MUSNAH perlu dilakukan. Itulah jalan cerita dalam permainan aksi. Pu3 tidak mahu ia berlaku dalam kehidupan realiti. MENAKUTKAN!!!
 
Kalau dulu, pu3 selalu terima pesan. Naik kereta terus kunci. Jangan letak beg tangan di atas kerusi penumpang... apabila memandu, andai ditahan seseorang tidak dikenali dalam kawasan sunyi jangan berhenti... tetapi kini.. walau kunci seketat bagaimanapun kenderaan.. peluru lebih gagah daru cermin kenderaan... keselamatan terasa sangat tiada jaminan. apabila perjalanan pu3.. bukan sekadar 10-20km ada kalanya 200km!
 
Bukan tidak percayakan kecekapan pihak berkuasa. Tetapi mereka juga ada kekangan lokasi. Takkan sepanjang perjalanan mereka kena berada? Takkan setiap simpang dan selekoh mereka perlu berjaga? Perlu mengharapkan suatu tindakan lebih agresif dalam menentang jenayah senjata api ini. Tindakan undang-undang lebih berat ke atas mereka. Wujudkan undang-undang dan tindakan untuk mengembalikan keyakinan rakyat atas keselamatan diri termasuk pu3.

Comments

Popular Posts