#TANDA PUTERA: MASYARAKAT MAMPU MENILAI BAIK ATAU BURUK FILEM : TUN DR M
Tun Dr Mahathir ketika ditanya berhubung filem 'Tanda Putera' arahan Datin Paduka Suhaimi Baba yang menemui penonton di seluruh negara hari ini, kecuali filem itu tidak digalakkan ditayang di Pulau Pinang, beliau berkata adalah tidak adil sekiranya filem itu tidak digalakkan ditayangkan di negeri tersebut.
"Masyarakat mampu menilai baik atau buruk filem itu, jadi biarkan masyarakat menilainya sendiri," katanya.
Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sidang akhbar berkata kerajaan negeri pimpinan DAP meminta pengusaha pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.
Filem arahan Shuhaimi itu yang diterajui dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman ditayang serentak di 60 pawagam di seluruh negara mulai hari ini.- BERNAMA
Comments
Post a Comment