VIDEO ANJING PROVOKASI MENCABAR KREDIBILITI ISLAM.


 
Selepas menerima salinan pembikinan video kontroversi raya bersama anjing tu, berulang kali pu3 menonton untuk memahami maksud dan mesej yang ingin disampaikan oleh wanita ala lelaki ini.
Persoalan dalam benak pu3 timbul.

  #lelaki ker perempuan? Dari penampilan pun dah menunjuk ada sesuatu yang dah tersonsang individu ini.
 
#kesamaan sambutan raya? Haiwan dan manusia? Haiwan berpuasaker? Kalau dianggap makhluk yang juga meraihkan hari kebesaran KEMENANGAN umat islam menjalani ibadah puasa sepanjang bulan ramadhan. Mana ayat dalam Al-Quran yang menceritakan hal ini. Atau mana hadis yang menyokong tindakan beliau?
 
#kalau haiwan turut sama berhak meraihkan sambutan aidil fitri... tak ada haiwan lainker nak digunakan selain anjing. Dalam Islam.. anjing dan babi adalah 2 binatang yang tergolong sebagai haiwan HARAM untuk disentuh.
 
#andai konon umat Islam diizinkan membela anjing. Ada pengehadan dilakukan. Contohnya di Sabah atau kawasan pedalama . Ada sesetengah pekebun beragama islam memelihara anjing untuk menjaga kebun mereka. Tetapi mereka tidak membiarkan haiwan ini masuk ke dalam rumah dan menikmati keistimewaan haiwan rumah iaitu kucing. Malahan tuannyapun tidak berkongsi juadah raya di meja sama serta bekas makanan sama dengan haiwan peliharaan mereka.
 
#andai kononnya si maznah ni individu yang sangat mencintai anjing sehingga semalam pu3 perolehi maklumat bahawa beliau sangat menjaga kebajikan anjing-anjing terbiar.  (Betulker?) Takkan semangat kebajikan itu membentuk dirinya menjadi manusia menyamakan kedudukan manusia sama taraf dengan anjing?
 
Si maznah ini membuat kenyataan bahawa tidak salah bagi dirinya membikin video ini. Rakaman beliau membasuh muka kemudian membasuh muka anjing. Membersihkan kakinya dan diikuti mengelap kaki anjingnya dengan tujuan kononnya beliau sangat prihatin atas penjagaan kebersihan anjing-anjingnya. Adakah menjaga kebersihan anjing ini sudah mengesahkan kedudukan HARAM anjing ini dalam Islam terus terHAPUS pada fikiran beliau?
 
 
Hakikatnya tindakan beliau membuat video ini adalah provokasi yang disengajakan bagi tujuan mencabar kemuliaan fahaman islam di sisi masyarakat lain. Pada hemat pu3.. bukan setakat disiasat bawah AKTA HASUTAN. Malahan pihak perundangan Islam wajar mengambil tindakan sama ke atas beliau. Memanggil dan meminta perakuan. Tindakan beliau 2 yang jauh dari kelaziman islam perlu diberi perhatian. Berperawakan sebagai lelaki dan menjadikan haiwan haram ini umpama manusia.
 
Baca dulu ni lagi sebagai perkongsian info :
 
Wanita yang membuat video kontroversi raya bersama anjing ditahan polis
Bernama | Kemas kini: Julai 31, 2013
 
KUALA LUMPUR:  Wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama anjing telah ditangkap polis dan ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.
 
Peguamnya Latheefa Koya berkata Maznah Mohd Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
 
"Dia ditahan sejak pukul 4.30 petang tadi untuk diambil keterangan. Saya juga tidak pasti berapa lama Maznah akan kekal dalam tahanan," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz, dipercayai individu yang memuat naik video Hari Raya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas di YouTube.
 
Klip video itu memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya.
 
Rakaman selama 1 minit 44 saat itu, turut menunjukkan individu itu yang memakai baju hitam mengambil wuduk sebelum menghidangkan kuih raya kepada anjingnya.
 
Ps: pu3 yakin.. selepas isu ini menjadi tajuk perbualan hangat. Ada pihak akan menaikkan cerita tidak bertudung sebagai langkah menutup masalah ini. Amaran pu3 berikan. Isu anjing ini adalah permasalahan berbeza dengan penutupan aurat. Jangan dok melindungi dan menjadikan individu songsang sebagai bahan 'hero' untuk menghentam UMNO dengan mengaitkan cerita berpusing soal bertudung dalam isu ini.
 
Bagi pu3.. isu sebegini perlu ada tindakan segera serta kerjasama pihak perundangan sivil, mahkamah syariah jyga. Jika isu ini terbiar GANTUNG... tidak mustahil akan ada lagi KETERBUKAAN SONGSANG berlaku melibatkan  mencabar kemuliaan Islam dalam masyarakat kita.
 
Jika tiada tindakan .. sudah pasti individu bukan beragama Islam yang jenis Alvin akan sewenangnya melakukan tindakan menghina Islam dengan lebih berani.

Comments

Popular Posts