MACAM-MACAM: PENJENAYAH DIBELA ADUN DAP? WHY????
Tindakan ke atas penjenayah & anggota kumpulan kongsi gelap
Seperti dijangka DAP & Pakatan akan membela penjenayah yang ditembak mati oleh Polis .
DAP menerusi Ahli Parlimennya Lim Lip Eng di laman twitternya menghasut rakyat mempertikaikan kredibiliti Polis P.Pinang yang menembak 5 gangster kumpulan kongsi tersebut.
Kalau sudah berbalas tembakan oleh suspek ,nak berlembut lagi dengan mereka supaya menyerah diri ?? Terang-terang mereka ini adalah penjenayah merbahaya.
Bila kes jenayah tembak meningkat, DAP hasut rakyat salahkan kerajaan dan Polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Tapi bila Polis tembak penjenayah sampai mati pulak mereka salahkan Polis & jadikan ia isu perkauman sebab yang mati itu bukan Melayu
Menurut Malaysiakini, anggota keluarga yang mati mempertikaikan kaedah tindakan polis, kononnya polis boleh menahan mereka kenapa perlu ditembak????
A family member of one of the deceased, VR Murugersan, told Malaysiakini that the five were shot "like animals" by the police.
Pu3 nak tanya pula. Sewaktu anggota keselamatan ditembak dan diseksa tanpa belas kasihan di Toduo dan semporna. Kenapa VR Murugersan tidak tampil menempik membela nasib anggota polis yang bertugas menjaga ananah mereka demi keselamatan dan mempertahankan keselamatan negara? Kenapa penjenayah ini pula dibela?
Adakah penjenayah terbunuh dalam kes tembak menembak antara polis dan penjenayah ini adalah MALAIKAT atau ORANG MULIA KURNIAAN MEREKA. Sehingga tanpa segan mengheret ahli keluarga penjenayah ini tampil konon membela nasib si penjenayah????
"Why need to shoot like that? They could arrest first. Police are liars when they said they shot in self defence," he said.
Dah penjenayah membuat tembakan. Takkan anggota polis hanya biarkan sahaja tanpa mempertahankan diri. Setahu pu3.. polis tidak akan melakukan tembakan jika tidak bersebab. Menurut info, penjenayah-penjenayah ini adalah pembunuh upahan. So mereka sudah pasti memiliki senjata dan tidak gentar membunuh untuk diri mereka. (Memangpun membunuh itu tugas hakiki mereka.)
Kita tidak pasti sejak bila orang seperti VR Murugesan ini sudah menjadi pakar rujuk mengenai bagaimana polis perlu bertindak bila berhadapan dengan penjenayah ganas seperti ini.
Seorang lagi ahli keluarga berkata,
Nadarajah Somasundram, 62, who is the uncle of one of the dead men, claimed that the deceased were shot multiple times and that it was likely that semi-automatic rifles were involved.
"We want to know why they were shot 20 to 30 times. It happened inside the condominium. Why can't the police
give warning shots? – Malaysiakini.com
Wahhh dahsyat. Kenyataan berani penuh keyakinan. Betulkah?
Bagaimanakah Nadarajah tahu berapa banyak tembakan dilepaskan? Apakah beliau memerhati dari jauh atau terbabit dengan situasi ini tanpa disedari oleh Polis? Selebihnya, apakah bodoh hendak menembak amaran dalam kondominium yang akan terdedah peluru sesat kepada mereka yang tidak bersalah di tingkat atas?
Yang lebih menghairankan, ADUN DAP bagi kawasan Seri Delima tampil ke hadapan mempertahankan mereka yang ditembak polis ini seolah-olah beliau tahu mereka tidak bersalah.
Pelik tapi benar. Bagai nak mengangkat diri ADUN DAP ini jadi malaikat pembela kepada penjenayah? Bagaimana Nadarajah begitu yakin mereka tidak bersalah? Adakah sebelum ini.. Nadarajah pernah berhubung dengan penjenayah ini? Berlaku interaksi denga mereka sehingga beliau sanggup membela? Atau.. beliau ada kaitan dengan mereka ini? Tindakan beliau tampil membela penjenayah ini menimbulkan keraguan pada penilaian pu3.
Hakikatnya, kejadian tembak menembak dengan penjenayah ini bukan secara mengejut atau di kawasan terbuka. Ini merupakan operasi khas Polis. Dalam operasi seperti ini pihak Polis pastinya telah mempunyai sumber risikan yang kuat untuk menangkap mereka. Jika mereka yang menembak ke arah Polis tidak boleh ditembak semula, sampai bila jenayah di negara ini dapat dikurangkan?
Selalunya mereka yang lantang bersuara membela penjenayah ini mempunyai hubungan dengan kongsi gelap atau penjenayah sendiri. Dalam banyak sejarah kongsi gelap juga ia ditubuhkan dan berkembang di kalangan keluarga pemimpin organisasi tersebut sendiri.
Lebih penting, apakah makna seorang wakil rakyat menjadi jurucakap penjenayah yang ditembak mati tersebut. Apakah yang cuba dilindungi oleh R.S.N. Nayer ini sehingga cuba menimbulkan syak wasangka terhadap tindakan Polis?
Seorang wakil rakyat sepatutnya membantu penguatkuasaan undang-undang bukannya menimbulkan keraguan dan kemarahan orang ramai terhadap Polis. Hanya jika ada bukti yang nyata terdapat salah guna kuasa barulah seseorang wakil rakyat bersuara mencari kebenaran lain.
Satu kehairanan pu3... kenapa baru ini pemimpin ini tampil membela? Dah tu penjenayah pula tu! Adakah dalam otaknya penjenayah adalah hero manakala polis adalah penjenayah. Jika dia kononnya pemimpin sangat peka dengan perasaan rakyat. Kenapa Saat keluarga anggota polis yang terkorban demi menjaga keselamatan negara disakiti.. disinggung difitnah. Tidak sekalipun dia tampil menegur apa lagi menzahirkan simpati? Hmmmm... adakah dia sebahagian keluarga penjenayah?
Apapun kritikan negatif pihak-pihak tertentu ke atas anggota polis. Pu3 nak ucapkan tahniah atas ketangkasan dan cekap berhadapan penjenayah. Semoga keamanan dan ketenteraman negara tercinta ini terbela dengan perjuanganmu pahlawan negara.
DAP NAK POLIS BUAT MACAM NI....."INI POLIS, JANGAN BERGERAK DAN SERAHKAN DIRI ANDA......" BANG!BANG!BANG! PENJENAYAH TEMBAK..... BUAT BEBERAPA KETIKA SEBELUM BERHENTI MENEMBAK...... "DAH PUAS TEMBAKKK????? JERIT POLIS..... OK..SEKARANG HULURKAN TANGAN TANGAN MASING-MASING... KAMI NAK TEMBAK SEKALI KAT TAPAK TANGAN.... KALAU TAKUT...SILA HULURTANGAN DAN KAMI AKAN SEBAT 5 KALI DENGAN PEMBARIS"....PAK! SATUUUU..PAK! DUAaa.... DAN BEGITULAH SETERUSNYA SEHINGGA SEBATAN KELIMA...SEBELUM PENJENAYAH ITU MENYERAH DIRI. BANGSATKAN? KEHENDAK PEMBANGKANG NI MELAYAN PENJENAYAH.
ReplyDeleteDAP adalah pembela gangster di Malaysia dan mereka memang suka gangster melanggar undang undang kerana sedia maklum pembangkang memang tidak suka dgn undang undang jika boleh semua akta mereka nak mansuhkan.
ReplyDelete