RAYA OH RAYA: POLITIK BATU API VS MANGSANYA
Sebelum ini... pu3 sedikit berkenaan POLITIK BATU API.. malahan memberi pandangan pesanan agar tidak menjadi mangsa kepada Politik ini.
Tetapi.. ada juga menjadi mangsa politik batu api ni. Dikipas seketika dengan segera bergerak seperti yang dirancang oleh si pengamal politik batu api.
2 perkara punca pada penilaian pu3 mangsa politik batu api bertindak seperti itu:
1. Tidak banyak berfikir dan mengkaji
2. Menganggap tindakan mengikut bagi menunjukkan sokongan dan kesetiaan.
Bagi pu3.. menyokong tanda setia dan membodek adalah 2 perkara yang berbeza. Sepatutnya tidak digabungkan dalam satu situasi yang melibatkan kebijaksanaan dan mengangkat individu yang seharusnya.
Tidak seharusnya menunjukkan rasa sokongan dengan mengipas atau membodek. Menyuarakan sesuatu tindakan dengan keikhlasan berlandaskan keadaan dan pandangan sesuatu itu juga sebahagian cara kita menzahirkan kesetiaan dan sokongan. Walaupun bercanggah dengan pandangan orang lain ketika itu, ia bukan 1 dosa kita menyatakan padangan kita ketika kita diminta memberi pendapat. Bukankah lazimnya berlaku permintaan menyuarakan sokongan dan pandangan ketika berlaku perbincangan? Jika hanya berlaku berkumpul kemudian hanya 'angguk'.. baik tak payah lakukan perbincangan.
Pu3 ambil contoh 1 individu yang belum lama pu3 jumpa. Dalam majlis rasmi semasa majlis berbuka puasa. Bagai nak rak menyuarakan sokongan pada pemimpin yang hadir. Siap menyatakan bahawa kawasan bawah amanahnya akan menyokong sepenuhnya atas pemimpin tersebut. Kata-kata itu melekat dalam otak pu3.. tak sampai 2 minggu individu yang sama membuat kenyataan menyokong pula pemimpin lain dengan ayat yang hampir sama. Alahai.. logiklah bro.. takkan pemimpin negeri sama nak didesak bertanding kerusi yang sama! Apa lagi kedua pemimpin ini sangat cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Takkan membiarkan keduanya bersaing dan berada dakam posisi 50-50 yang memperolehi kerusi yang terhad itu!
Sedihnya pu3 dengan sikap seperti ini. Janganlah sikap malas berfikir ini merugikan semua pihak. Individu ini bukanlah orang yang bodoh. Dah jadi bos ertinya memang bijaklah. Ada kemampuan mempengaruhi individu-individu dikawasannya untuk mengangkatnya menjadi bos dalam kawasannya kan. Tapi sikap malas membuat kajian dan berfikir itu menyebabkannya menyatakan pandangan seiring dengan kehendak pengamal politik batu api.
Siapa yang rugi kelak dan siapa yang sangat beruntung? Kali ini pu3 tak nak bagi pembaca berfikir dan memilih. Pu3 beri jawapan. Yang rugi adalah pemimpin tersebut dan yang beruntung adalah si pengamal politik batu api. Senanglah dia naik apabila salah satu atau kedua pemimpin ini kecundang. Na'uzubillahiminzaliq. !!!!!
Mungkin lepas ini adalah rakan pu3 akan berkata pada pu3. Kenapa ou3 menulis seperti ini. Kan baik terus nyatakannnya pada individu tersebut daripada menulis dalam persoalan siapa individu tersebut dan siapa dua pemimpin tersebut dan siapa pengamal politik batu api. Di sini.. biar pu3 berterus terang.. siapa pu3 nak didengar dan diminta pandangan? Pu3 ini hanyalah seekor anak bilis yang berada dalam kumpulan bilis-bilis besar. Kehadiran pu3 tak disedar walau menambah jumlah kumpulan bilis agar menjadi nampak besar dan meriah.
Menulis dan bercakap adalah kaedah menyuarakan pandangan mengikut keadaan dan situasi. Melalui penulisan ini pu3 lagi rasa bebas menyuarakan pandangan pu3 dan dibaca faham oleh sebahagian pengunjung blog ini untuk mengetahui apa yang ada dalam fikiran pu3. Sama ada setuju dan membantah. Hak masing-masing dan pu3 menerimanya.
Dalam menjalankan kehidupan. Abah pu3 selalu memberi nasihat agar pu3 bergerak dan bertindak selepas berfikir semasaknya. Untuk menulis artikel raya oh raya edisi inipun.. bukanya suatu tindakan tangkap muat pu3. Setiap masa pu3 berfikir dan memperolehi keberanian menyatakannya. Bukan niat pu3 nak menghentam atau mengurangkan semangat individu tertentu. Tetapi menzahirkan sokongan dan kasih sayang pu3 kepada pemimpin dan orang sekelilingnya.
Ubat sememangnya pahit tetapi rawatan. Racun adakalanya mungkin manis .. manisnya boleh membunuh. Bak kata pepatah. Pahit jangan terus dibuang. Manis jangan terus ditelan.
Berfikir dulu sebelum bertindak. Malas berfikir samalah orang pemalas. Selaku sangat malas.. bolehlah disenaraikan calon individu yang bebal!
Pada si pengamal batu api.. perbuatan anda mungkin ada yang tidak menyedarinya kerana ia hanyalah ditanam dalam dasar hati dan fikiran. Tetapi MAHA SUCI ALLAH swt kerana MAHA MENGETAHUI apa yang ada dalan diri anda
Salam kasih dari pu3. Selamat bersidang
......... bersambung.....
Comments
Post a Comment