RAYA OH RAYA: EDISI POLITIK BATU API?


POLITIK BATU API?  Terkejut juga pu3 apabila mendengar cerita seorang rakan pu3. Kononnya untuk hidup dalam dunia politik perlu amalkan politik batu api untuk terus survival. Rakan pu3 menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila bertemu sendiri individu yang mengakui menggunakan pendekatan tersebut.

Masih ada juga menggunakan pendekatan seperti ini dalam zaman politik alaf baru? Itu politik licik namanya! Ianya hanya digunakan oleh individu yang mahu meniti naik ke atas dengan membunuh satu persatu penghalang di sekelilingnya! Individu sebegini seharusnya tidak wujud lagi dalam Politik sekarang.

Belum tamat pemilihan dan persidangan cawangan. Pu3 nak memperingatkan kepada individu yang mengamalkan politik batu api atau lebih kasar politik melaga-laga demi kepentingan diri. Berhenti sebelum perbuatan busuk terbongkar. Menyesal tak sudahnya!

Pu3 menonton drama mengisahkan pergolakan pentadbiran antara kuasa raja dan pembesar zaman Chosun korea. Yang mana.. kuasa politik dikuasai sepenuhnya oleh pembesar yang memiliki pengaruh mengikat kerabat diraja yang memiliki kuasa mengawal maharaja. Apabila maharaja dilihat sebagai objek yang tidak dapat dikawal... mulalah dilakukan politik batu api mereka kepada siapa pewaris maharaja jika maharaja tersebut mati. Tujuannya kenapa? Kerana hendak mengekalkan kuasa dan terus memiliki kuasa yang lebih kuat.

Pada pu3.. walaupun drama sebegini hanyalah sebuah cerita yang digarap oleh penulis sebagai sebahagian dari hiburan. Ada mesej yang wajar kita fahami dalam kehidupan. Terutama sekali dalan dunia politik.

Tiada kerajaan kekal kerana berlaku politik batu api ni. Dan pu3 berkeinginan kerajaan di negara tercinta pu3 ini berkekalan tidak menjadi antara kerajaan yang tercatit kerajaan dalam sejarah. Atas dasar itu.pu3 sangat berkehendak, sempena pemilihan ini.. janganlah membiarkan individu yang memiliki strategi politik batu api diangkat menjadi pemimpin.

Ciri-cirinya? Biasanya sangat rajin mengampu. Cepat tampil membodek dan mendesak individu lain untuk diupgrade tetapi dalam masa sama terlibat dalam hasrat memiliki jawatan seperti mana individu yang sedang dibodek. Cuba lihat dan pandang sekeliling anda jika ada orang sekeliling sedang melakukan seperti mana yang pu3 katakan. Pesanan pu3.. berhati-hatilah.. kemungkinan itu mungkin berlaku. Jangan mudah terpesona dengan sanjungan individu kala ini kerana tak semua adalah dari perasaan yang ikhlas.

Mungkin pu3 boleh dianggap sebagai orang yang mentah dalam dunia politik.. 11 tahun terlibat sepenuhnya dalam politik ni jika dibandingkan individu lain yang bergelumang berpuluhan tahun. Tak bermakna pu3 naif dan dhaif dalam soal politik. Tetapi dalam masa sama.. pu3 tak boleh katakan diri pu3 sudah cemerlang dalam memahami dunia politik. Proses pembelajaran berterusan kerana politik umpama perisian komputer yang sentiasa diupgradekan strategiknya

Kenapa pu3 katakan sejarah. Tetapi tidak mahu menyentuh sejarah mana dan apa berkaitan politik batu api ini. Pembaca boleh andaikan mengikut kefahaman faktor kejatuhan empayar kerajaan sebelum-sebelum ini di mana sahaja. Pu3 tak mahu apabila pu3 sentuh 1 empayar mungkin akan menyinggung banyak pihak berkaitan. Cukuplah pu3 memberi gambaran punca kejatuhan sesebuah kerajaan sebelum-sebelum ini adalah wujudnya politik batu api.

Kononnya sesetengah empayar musnah kerana 'perempuan'.. bagi pu3.. itu sangat kejam untuk pu3 dan rakan sejantina dengan pu3. Kenapa nak jadikan alasan 'perempuan' sebagai alasan kejatuhan tersebut. Hakikatnya yang mewujudkan objek sebagai alasan ini lelaki juga dan dibantu oleh perempuan yang tidak lari dari hilang kawalan dengki dan emosi. Bagi pu3.. ianya adalah objek alasan semata. Punca utama adalah berlaku "POLITIK BATU API" yang dilakukan seseorang untuk menaikkan dirinya. Ditambah lagi hilang kawalan si mangsa yang dijatuhkan. Dah jadi pasangan. Kuat lawannya lemah. Menang dan kalah.

Sebagai noktah catatan pu3 kali ini. Selamat bersidang. Duit mudah dicari selagi ada keikhlasan berusaha memperolehinya. Tetapi.. pemimpin yang benar-benar berkredibiliti dan berkelibar tidak mudah dijejak. Jangan kelabukan mata kerana harta dunia sehingga pemimpin berkelibar dianaktirikan.

Ps: pesanan  untuk diri pu3 juga.

Comments

Popular Posts