MACAM MACAM: BILA BERTAMBAH MASALAH MENTAL


 
Sejak akhir-akhir ini... agaknya terlalu stress ataupun tekanan hidup yang mencabar. Ada segelintir individu semakin lari dari landasan pemikiran normal. Mereka sebahagian yang mengejar erti kehidupan baru yang jauh dari fitrah kehidupan mereka sebelumnya.
 
Pu3 jadi tidak hairan apabila berlaku kejadian dan perlakuan pelik mencermin "JIWA KACAU" mereka ini.
 
Kejadian himpunan kecil hitam di hadapan Istana Negara semalam. menceritakan betapa mereka sudah tidak mampu menggunakan pemikiran waras sehingga boleh membenarkan maklumat pelik menguasai tindakan mereka. Baca dulu ini. Mungkin ada yang terlepas pandang:
 
10 individu dakwa pewaris agong ditahan berkumpul di Istana Negara
Bernama | Kemas kini: Ogos 05, 2013
 
KUALA LUMPUR:  Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira pukul 4 petang Isnin.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.
 
"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.
 
"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di ibu negara.
 
Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah (perakuan sumpah).
 
Katanya, semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.
 
Aida berkata siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'.
 
Ps: andai benarlah mereka inilah pewaris agong sepertu yang didakwa oleh mereka. Perlukah mereka bertindak berhimpun. Kenapa tidak melakukan tindakan melalui perundangan untuk menuntut 'hak' bersama bukti kukuh atas penuntutan tersebut. Gelagat berkumpul dan menzahirkan tindakan hanya menarik perhatian ini.. bukanlah tindakan bijak
 
Pada pu3.. kumpulan ini adalah mereka yang sebahagian individu yang sudah terpesong pemikirannya. 

Comments

Popular Posts