SEMPENA MERDEKA, MALAYSIA AIRLINES TAWAR TAMBANG RM56 KE DESTINASI DOMESTIK

KUALA LUMPUR:  Malaysia Airlines menawarkan tambang sehala terangkum RM56 ke semua destinasi domestik untuk tempoh 56 jam sahaja sempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56.

Tawaran itu bermula pada pukul 12.01 pagi 30 Ogos, 2013 dan berakhir pada pukul 8.00 pagi 1 September, 2013.

Tiket yang ditempah semasa tempoh promosi itu sah bagi perjalanan sehingga 31 Disember, 2013.

Tambang sehala terangkum ke semua destinasi domestik ini termasuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.

"Bagi mereka yang tidak berkesempatan pulang dan bersama keluarga semasa cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini kini boleh mendapatkan tawaran tambang sehala RM56 yang menakjubkan ini untuk bercuti hujung minggu ini atau merancang percutian kemudiannya nanti tahun ini.
"Tawaran Merdeka Malaysia Airlines merupakan peluang terbaik untuk melancongdalam Malaysia," kata Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia Airlines, Muzammil Mohamad dalam satu kenyataan pada Khamis.

Enrich, program Malaysia Airlines bagi mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan juga mengadakan peraduan bagi ahlinya untuk mengumpulkan sehingga 56,000 Enrich miles dengan cepat.

Untuk layak menyertai peraduan itu, ahli-ahli perlu terbang dengan Malaysia Airlines ke mana-mana destinasi domestik dalam Malaysia mulai sekarang sehingga 30 September, 2013.

Untuk memenanginya, peserta boleh menghantar foto dengan kapsyen berkaitansesuatu yang mereka suka tentang Malaysia ke Instagram dengan hashtag #MH56 @malaysiaairlines dengan nombor Enrich mereka masing-masing.

Pelanggan boleh mendapatkan tawaran ini di semua saluran pengedaran - www.malaysiaairlines.com, talian 24 jam Malaysia Airlines di 1 300 88 3000,MHmobile, pejabat tiket Malaysia Airlines dan ejen yang dilantik di seluruh Malaysia. - BERNAMA

Comments

Popular Posts