Followers

MACAM MACAM: LELAKI MATI DITEMBAK DI GEORGE TOWN!!


 
GEORGETOWN:  Dalam satu lagi kejadian tembak, seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.
 
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.
 
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Gan berkata polis menjumpai 14 kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.
 
Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.
 
Gan berkata mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.
 
Polis sedang mengesan saksi dan tempat yang mempunyai CCTV untuk membantu siasatan.
 
Difahamkan kereta BMW itu adalah milik rakan Veerappan yang tidak mempunyai rekod jenayah.
 
Hasil siasatan awal, polis turut menemui dua parang pendek yang dibungkus dengan kertas di dalam kereta itu.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment