TULISAN JAWI WARISAN BANGSA MELAYU

Kenapa mengarahkan untuk membuang tulisan JAWI Pada BOARD SEKOLAH? itulah yang berlaku di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Memang tersinggung, adakah pihak memberi arahan walaupun benci sangat ISLAM tak boleh membezakan tulisan JAWI dengan Tulisan BAHASA ARAB? hakikatnya memang BODOH SANGATLAH tu.. tu sebab nampak sahaja tulisan JAWI depa ingat yang tu adalah tulisan tak sesuai dengan sekolah berkenaan.

Ada fahamkah puan... anda telah berusaha menidakkan warisan Melayu? Tulisan jawi walau sama hurufnya dengan huruf yang digunakan dalam penulisan bahasa Arab tetapi sebutannya dan bunyinya dalam bahasa melayu?( LADY yakin mereka memang tak tahu juga)

MP Tasek Gelugor bidas pihak pertikai tulisan jawi-10hb jan 2014

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahabudin Yahya membidas pihak yang mempertikaikan tulisan jawi di papan tanda Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Beliau menyifatkan golongan yang mempertikaikan tulisan jawi ini sebagai mereka yang tidak faham fungsi dan asal usul tulisan tersebut.

"Tulisan jawi ini bukan memberikan gambaran kepada Islam, ianya merupakan tulisan warisan yang mewakili bangsa Melayu di negara ini satu masa dahulu, dan ianya juga mewakili tulisan kebangsaaan kita dulu.

"Mereka pandang tulisan jawi ini mesti Islam, tetapi ia sebenarnya tidak, apa yang saya nampak mereka ini seperti ada niat lain dengan meminta tulisan jawi ini tidak digunakan di dalam papan tanda, ada pengaruh lain," katanya.

Menurut beliau, adalah tidak adil untuk mengarahkan tulisan jawi itu diturunkan dari apa juga papan tanda sedangkan tulisan Cina dan juga tulisan Tamil tidak diarahkan untuk berbuat perkara yang sama.

"Untuk bertindak adil, tulisan Cina dan tulisan Tamil juga perlu diturunkan dari papan tanda, kita minta kerajaan selaraskan penggunaan tulisan rumi di semua papan tanda.

"Macam di Georgetown, masa Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) datang, beliau tukar semua papan tanda di situ kepada tulisan yang ada tulisan Cina sebab pertikaian yang sama macam berlaku inilah, soalnya, jalan itu bukan jalan Cina, jalan itu untuk semua? Kenapa tidak timbul pula perkara itu? ," soalnya bagi menunjukkan keadaan sebenar.

Sekolah tersebut telah menerima sepucuk surat yang ditandantangani pemimpin kanan Sisters of the Infant Jesus, Celina Wong yang diterima pengetua sekolah tersebut pada 27 November lalu. 
 
Dalam surat yang bertarikh 21 November 2013, Celina menyebut, alasan arahan penurunan papan tanda bertulisan Jawi itu adalah kerana ia tidak dibenarkan di sekolah mubaligh Kristian termasuk sekolah convent.

Shahbudin mempertikaikan tindakan tersebut dan menjelaskan bahawa pihak lain harus memahami fungsi sebenar tulisan itu dan tidak cuba untuk menjatuhkan taraf tulisan jawi yang merupakan warisan negara.

"Sebab itu mereka kena faham, tulisan jawi bukan melambangkan Islam, dan itu bukan tulisan Al Quran, ianya adalah tulisan warisan Melayu dahulu," jelasnya lagi- Adendadaily

Ps: akhir-akhir ini.. tindakan ssmakin kurang ajar! Tak menghormati pegangan agama antara satu sama lain. Adakah ini namanya kebahagiaan dalam beragama. Tunjukkan kepada LADY bahawa dalam semua agama di dunia ini untuk bermusuhan antara penganut yang lain? Selain dari agama YAHUDI lah.

Comments

Popular Posts