NAK BUAT FIKIR JUGA RISIKONYA


Bunyi- bunyi mendesak agar ISA diwujudkan. Berkumandang akhir-akhir ini. Sehingga beberapa kepimpinan telah digelar "PEMBODEK" Apabila mengeluarkan kenyataan bahawa ISA tidak relevan digunakan masa kini dan kenyataan bahawa untuk mewujudkan ISA adalah mustahil.

Tengok berita petang ini. Ini kisah artikel kangkung yang mungkin gangguan line internet menyebabkan gagak diakses sudah heboh dengan tuduhan bahawa NAJIB telah mengeluarkan BLOCKED ke atas BBC untuk dilayari!!!!

Sekatan akses artikel kangkung di BBC: SKMM nafi sekat, TM pula siasat
Astro Awani | Kemas kini: Januari 16, 2014


KUALA LUMPUR:  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan bahawa yang terlibat dalam sekatan akses pengguna Internet dari melayari artikel mengenai kangkung yang disiarkan oleh laman berita Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Namun, sekatan akses tersebut dikatakan hanya memberi kesan kepada pengguna jaringan jalur lebar milik TM.

The Malay Mail Online melaporkan Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman menafikan bahawa agensinya yang menyekat akses tersebut dan mendakwa bahawa tiada sebarang halangan berlaku kepada pelayar Internet dari terus melayari Internet.

Sementara itu, Penolong Pengurus Komunikasi Korporat TM, Asma Abdul Aziz pula menyatakan bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan media selepas siasatan itu.

Tinjauan Astro AWANI pula mendapati, pelayar Internet tiada masalah untuk melayari berita yang dipaparkan dalam laman berita BBC.

Malah, laman sesawang pengguna teknologi, Lowyat.NET juga telah mengemaskini maklumat menerusi lamannya dan akaun Twitter dengan menyatakan bahawa artikel kangkung yang dipaparkan menerusi laman berita BBC kini telah boleh dilayari.

Semalam, ribuan pelayar Internet hampa kerana gagal untuk 'menembusi' artikel kangkung yang disiarkan di laman berita BBC.

Kegagalan untuk melayari artikel itu kerana halangan akses itu disifatkan sebagai halangan yang telah melanggar Rang Jaminan MSC Malaysia yang memperuntukkan bahawa 'tiada penapisan Internet'.


Teringat pula LADY 1 komen di FB menghentam.. lebih kepada niat nak memalukan KPUM Yb Mas ermiyatie 2 3 hari lepas. LADY baca sahaja komen-komen sana.

Dalam artikel ini. LADY ulas komen2 mereka . jika kita jd pengamal perundangan. Akta yang dimansuhkan.. kalau nak wujudkan adakah kita nak mengekalkan atau menambahbaikkan.? Memansuhkan ISA ni mungkin 1 kesilapan  pada keadaan skrg. Memandangkan semakin byk provokasi mencabar. Tetapi nak mengembalikan sesuatu yg sudah mansuh kena juga difikirkan segala waras bukan emosional.

LADY secara pribadi setuju jika ISA masih kekal. Malangnya ISA sdh mansuh. Soal mas ermiyantie menyokong atau tdk dalam kenyataan beliau.. itu pilihannya. Suka atau tak suka itu keputusannya. Jika pada pandangan rakan semua itu kenyataan membodek sekalipun.. itu hak rakan semua menyuarakan. Cuma.. biarlah menyuarakan sesuatu itu dalam keadaan penuh sedar bukan berlandaskan kemarahan.

Kes bunuh membunuh.. tembak menembak.. rompak merompak ni.. dari dulu pun sudah ada.. cuma ia semakin menonjol dengan kepantasan penyebaran maklumat tdk kira media massa mahupun media sosial. Keterbukaan dalam penyaluran maklumat. Ditambah lagi ada segelintir pengamal media sosial dialah hakim dialah wartawan dialah peguam dialah segalanya dalam memutuskan hukum di dalam alam maya.

LADY bersyukur kerana memiliki rakan alam maya yang sgt peka. Mungkin suara anda di ruang ini dibaca sendiri oleh Mas ermiyatie. Beri dia peluang utk menyatakan pandangannya. Tak perlulah mempersoalkan kenapa dan mengapa ahli puteri memilihnya menjadi ketua puteri UMNO. Kena fahami.. ketika pemilihan hanya 2 individu sahaja menawarkan diri.. seharusnya jika ada rakan melihat ada ketidak wajaran calon dan merasa diri juga layak.. kenapa tdk ditampilkan calon tersebut. Ruang peluang sdh disediakan. LADY bukan membodek KPUM sekarang. LADY juga secara pribadipun tidak mengundi dia juga ketika pemilihan tetapi LADY menerima apa juga keputusan yg diberi oleh sebahagian besar ahli puteri dan memberi amanah kepadanya.

LADY sarankan rakan2 berilah cadangan menambah baik utknya. 'Sharing is caring' kan. Mengutuk mengeji tak akan bawa ke mana.. menambah dosa adalah.

Buatlah kajian terlebih dahulu sebelum nak mengutuk kenyataan.  Kaji sedalam-dalamnya jika ISA yang sdhpun mansuh kemudian diwujudkan semula. apa kesannya dan risikonya. Andai anda penyokong pr mewujudkan ISA nampak sgt bahan utk menghentam kerajaan skrg. Anda sudah tentu akan memperkatakan kerajaan Bn terdesak utk menutup perjuangan demi keadilan rakyat . kerajaan yg zalim .

Ps: menghadapi manusia emo dan kreatif dalan krisis ni lebih parah berbanding berhadapan dengan manusia gila.

Bayangkan.. baru kegagalan mengakses artikel BBC dah kecoh.. apa lagi hal ISA kan. Fikir fikirkan.

Comments

Popular Posts