Followers

DENGARLAH SUARA AKAR UMBI

Bukan LADY nak berkhianat. Apa lagi memberontak. Jauh sekali nak mengaibkan dan nak memalukan YAB PM. Tetapi apa yang bakal LADY kongsikan ini wajar dipertimbangkan dan difahami serta didalami untuk kebaikan. Perkongsian ini kerana kasih dan mendambakan agar pentadbiran negara berkekalan dan terus maju dengan cemerlangnya.

LADY kongsikan artikel uni. Mohon dibaca:

Berubahlah Najib sebelum krisis keyakinan bertambah parah!
2:05 PM |

belum terlambat untuk PM Najib berbuat sesuatu bagi menyelamatkan Negara serta kedudukannya sebagai Perdana menteri sebelum berdepan dengan krisis keyakinan rakyat serta ahli UMNO yang lebih besar terhadap kepimpinan beliau apatah lagi di ketika ini wibawanya sebagai pemimpin untuk membawa parti dan kerajaan mendepani pelbagai kekusutan yang timbul makin tidak terurai.

PM Najib sedang dilihat sebagai Perdana Menteri yang gagal menguruskan negara dan setiap tindakan serta keputusannya sedang diperlekeh malah dihina bukan sahaja oleh pembangkang tetapi olah ahli-ahli parti serta yang selama ini menyokong beliau.

Selepas PRU13,seperti ada gerakan terancang ataupun kerana menyerlah kepincangan PM Najib,setiap sesuatu yang beliau sentuh bukan lagi menjadi emas tetapi telah dilihat busuk serta menjijikkan oleh beberapa pihak dan kita tidak hairan andai pembangkang menyerang PM Najib tetapi malang kepada beliau yang mengharapkan sokongan daripada pemimpin parti tetapi ada juga kalangan pemimpin yang turut sama mengambil kesempatan menabur garam atas luka yang PM Najib tinggalkan.

Tidak tahu dimana silapnya tetapi yang jelas selepas PRU13 dan selepas PM Najib mengumumkan rasionalisasi subsidi,PM Najib mula diserang dan diasak di setiap penjuru sehingga pada satu-satu ketika,beliau dilihat bersendirian menangani isu serta mengurus persepsi yang timbul. 

Kegagalan PM Najib hari ini dilihat oleh ramai pihak kerana beliau terlalu tunduk dan menjadi Yes Man kepada PEMANDU dan juga ada pihak melihat Najib mempunyai ketakutan yang luar biasa untuk mengambil tindakan memecat terhadap Penasihat-penasihatnya,agensi-agensi strategi yang dibawah Jabatan Perdana Menteri yang gagal melaksanakan teori transformasi yang beliau laungkan pada awal pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Di luar sana,PMO dijadikan sasaran dan menyalahkan Jabatan Media Perdana Menteri semata-mata adalah tidak adil kerana ramai lagi pihak yang harus dipertanggungjawabkan seperti Jabatan R&D,Setiausaha-Setiausaha Politiknya dan banyak lagi yang bersangkutan yang seharusnya menyampaikan perkara benar tentang kegelisahan rakyat dan tentang kebencian penyokong terhadap beberapa tindakan Najib yang sememangnya tidak popular malah membebankan rakyat.

Malang Najib bertimpa kerana orang-orang sekelilingnya mempunyai kepentingan peribadi masing-masing dan mereka mengambil kesempatan bukan untuk membantu Najib tetapi turut memberikan tekanan demi tekanan kepada Najib seolah-olah seperti mahu menunjukkan jalan keluar serta menutup pintu Putrajaya kepada Najib.

Najib jangan memandang rendah kepada keluh kesah rakyat di luar sana dan usaha Najib kononnya untuk menjadikan Malaysia Negara maju menjelang 2020 hanyalah tinggal impian dan tidak bererti apa-apa sekiranya Barisan Nasional hilang kerajaan di PRU14 nanti.
Bersambung....


Ps: LADY mendoakan semoga berlaju perubahan. Sayang LADY kepada parti. Sayang LADY kepada pemimpin yang berjiwa rakyat tetapi LADY tak mahu musnahnya kerajaan kini kerana anai-anai yang  berada di sekeliling.

No comments:

Post a Comment