Followers

LUAR TENANG DALAMAN BERGELORA : PKR SELANGOR

I
nilah suasana antara azmin ali dengan khalid gagap. Sebelum PRU tak menunjukkan hubungan elok. Dah berlalu PRU semakin haru-biru lah hubungan mereka. Bukan semua orang tak tahu pertelingkahan keduanya berkenaan pentadbiran Selangor mahupun PKR Selangor. Cuma pengundi je buat pura-pura tak tahu.

Semalam/kelmarin. Khalid gagap buat penafian kononnya beliau atau exco tidak terlibat dalam memggugurkan nama Azmin Ali. Ianya adalah keputusan dari PKNS sendiri. Tetapi hari ini kenyataan telah dikeluarkan oleh PKNS menafikan kenyataan berkenaan.

Hahahahaha.. main tolak sorong je depa ni kan. Tak sampai 24 jam pun. (Hmmm ... LADY nak tunggu respond berkaitan Pusat Giat MARA pula selepas ini. Rasanya mesti hati membara akan terluah. Yalah.. khalid gagap kan membuat kenyataan tak serupa kenyataan! Tunggguuuuuu...)
Baca dulu ni

Gugur Azmin: PKNS nafi kenyataan MB Selangor
Astro Awani | Kemas kini: Januari 16, 2014


KUALA LUMPUR:  Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menafikan kenyataan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali daripada Lembaga Pengarah PKNS dibuat oleh perbadanan itu sendiri dan bukannya oleh kerajaan negeri.

Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, kuasa lantikan ahli perbadanan itu terletak pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.

Dalam satu kenyataan beliau mengesahkan bahawa PKNS telah memaklumkan kepada Mohamed Azmin mengenai penamatan jawatannya melalui sepucuk surat bertarikh 8 Januari 2014.

"Tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MKKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MKKN pada 4 Disember 2013.

"PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik Ahli Perbadanan adalah ditangan MMKN dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Abdul Khalid dalam sidang media pada Rabu menafikan beliau terlibat dalam penyingkiran Mohamed Azmin sebaliknya menegaskan keputusan untuk tidak memperbaharui lantikan itudicadangkan oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Penglibatannya itu dibangkitkan ekoran dakwaan tindakan pengguguran itu ada kaitan dengan pemilihan jawatan Parti Keadilan Rakyat tidak lama lagi. 

"Keputusan bukan dibuat exco. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh GM PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tak buat keputusan itu.

"Dalam minit mesyuarat exco tiada siapa yang disingkir. Surat sudah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco pada Rabu.

Abdul Khalid juga memberi jaminan sedia mendedahkan dokumen-dokumen berkaitan dengan penamatan jawatan Mohamed Azmin itu dalam masa yang terdekat.

"Kami akan keluarkan surat dan minit mesyuarat exco pada 4 Disember, dalam dua minggu lagi. Saya sedang lihat Akta Rahsia Rasmi," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin melalui satu komentar di Twitter memperlekehkan kenyataan Abdul Khalid itu.

@arfaziz @Khalid_Ibrahim @ShareThis kenyataan kangkong
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) January 15, 2014

Mohamed Azmin dan Abdul Khalid sebelum ini berlaga angin secara terbuka dalam beberapa perkara yang dipercayai ada kaitan dengan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid juga memaklumkan kontrak Othman yang akan tamat pada hujung bulan ini tidak akan disambung.

Beliau dijangka akan digantikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Azlan Md. Alifiah.

Berbeza dengan penafian Khalid gagap baru-baru ini. Lebih kurang 17 jam yang lalu Baca sini dulu..

Khalid nafi terlibat gugurkan Azmin dari PKNS
Astro Awani | Kemas kini: Januari 15, 2014



SHAH ALAM:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan beliau terlibat dalam penyingkiran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).


Abdul Khalid sebaliknya menegaskan keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak Azmin dicadang oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Beliau juga menafikan keputusan menyingkirkan Azmin dibuat oleh exco sebaliknya hanya meluluskan cadangan yang telah dibuat Othman.

"Keputusan bukan dibuat exco. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh GM PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tak buat keputusan itu.

"Dalam minit mesyuarat exco tiada siapa yang disingkir. Surat dah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.

Bagi mengukuhkan bukti beliau tidak terlibat dalam tindakan penyingkiran Azmin itu, Abdul Khalid memberi jaminan akan mendedahkan minit mesyuarat serta surat Othman dalam masa dua minggu lagi.

"Kami akan keluarkan surat dan minit mesyuarat exco pada 4 Disember, dalam dua minggu lagi. Saya sedang lihat Akta Rahsia Rasmi," katanya.

Ps: banyak iktibar banyak pendedahan telah dibuat. Tetapi masih ada pengundi tak nak berubah. LADY hanya kongsikan info yang realiti.

No comments:

Post a Comment