AZMIN MENCANANG SKRIP UNTUK BODEK BOS


Lawak senja. Tak melucukan tetapi boleh menambah awet muda pada LADY sebaik sahaja membaca kenyataan si Azmin Ali. Nak cabar pula supaya UMNO sendiri bertanding di Kajang? Apahal nak suruh PM atau TPM pula bertanding bukan di kawasan mereka sendiri?

"Kita mencabar UMNO menurunkan calon mereka termasuk juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya turun bertanding di Kajang ini. Mereka tak perlu menurunkan calon-calon daripada MCA, MIC atau Gerakan tetapi calon-calon UMNO yang kononnya dikatakan berwibawa dan menjadi pejuang untuk segala hal dan inilah tempatnya jika mereka berani," kata Azmin.-astro awani

Biar LADY jawab bagi pandangaN LADY. kepimpinan UMNO ni tak ada rakus nak pegang jawatan. Walau bukan kawasan sendiri. YAB PM dah kena jaga kawasan Pekan dan menguris tadbir kerajaan Malaysia. Manakala YAB TPM dah ada kawasan sendiri di Pagoh. Takkan nak menambah tugas lagi masuk pula kawasan bukan kawasan asal.

Kepimpinan UMNO bukan seperti kepimpinan PR yang sanggup berpindah randah langgar je negeri mana mereka nak masuk bertanding. Contohnya Lim Kit Siang. Tak pernah kekal dalam 1 kawasan. Dari Ipoh Timor nak senang buat kerja pindah ke Gelang Patah. Bukan apa.. janji banyak dimungkiri dan payah nak jawab pada pengundi. Tu main langgar lari je. Lim Guan Eng. Asal Melaka.. dah bertanding kat Pulau Pinang. Tu belum kira si badrul yang terang-terang orang Tawau.. dulu bertanding kat Kelang kemudian nak pula bertanding di Silam!

Terkini si anwar. Permatang Pauh dahlah selalu diabaikan kemaruk pula nak bermastautin kat Kajang. Konon strategi secara beransur untuk mengubah Selangor untuk kadi negeri contoh.. buatlah Permatang Pauh tu Parlimen contoh. Tak payah nak buat ujikaji lagi kepada pengundi!

Lagi lawak si Azmin nak membodek Anwar. Dia nak cabar UMNO masuk kawasan MIC. Apa dia ingat UMNO ni biadap macam PKR dan DAP ker main redah ikut kepala otak dia je!!???

" Bukan Datuk Seri Anwar kemaruk sangat nak jadi ADUN tetapi perubahan besar yang hendak kami lakukan akan bermula dari sini di Kajang sebelum perlahan-lahan menginjak ke peringkat negeri Selangor dan kemudiannya ke Putrajaya dan insyallah, dalam masa tiga tahun lagi Putrajaya bakal kita duduki," ??????????????? - heheheh nampak sangat gula2nya Azmin dalam ucapannya.

Kenapa... hanya Anwar sahajakah mampu melakukan perubahan sehingga nak masuk pentadbiran Selangor.? Kat Selangor tak ada lagikah pemimpin PR yang boleh bergerak????? Tak payahlah nak berbohong sekadar KIPAS pada daddy tu.  Cakap jelah pergolakan 2 kumpulan PR di Selangor sudah mencecah kemuncak tak mampu disembunyikan. Tu yang Anwar masuk untuk cover-cover sambil berusaha mengalihkan kehangatan kes kecuaiannya dan syok sendirinya ke Jepun dulu.

Kenapa tak dibincang sebelum PRU13 dulu tentang pemilihan calon? Kenapa selepas hampir setahun baru nak letak jawatanlah konon beri laluanlah.. nampak sangat PR sebenarnya satu apapun tiada perancangan untuk pentadbiran. Lepas Kajang ni.. sebulan dua tak kena lagi di mata Anwar adalah lagi wakil rakyat PR letak jawatan untuk beri laluan PRK sekali lagi.

Mereka hanya mementingkan diri mereka sahaja!! Kata berjuang untuk rakyat . Walhal mereka inilah telah melakukan pembaziran duit rakyat dengan memiliki strategik memperbodohkan pengundi!

Mereka hanya nak menjajah Malaysia. Mereka kemaruk nak berkuasa. Sedikitpun tidak memperjuangkan kepentingan rakyat walau memperlekehkan pengundi.

Azmin mesti gembira suka! Rancangan nak menenggelamkan Khalid semakin menyerlah. Khalid dah semakin tidak berkuasa apabila BIG BOS masuk bawah pentadbiran.

Kini LADY hanya nak beri amaran pada pengundi.. korang kena bijak. Nak menjahanamkan diri atau nak memajukan diri. Pilih PR sah korang dah berulang kali diperlekehkan. !!!!

Comments

Popular Posts