JABATAN PEGUAM NEGARA MEMUTUSKAN ISMAWI TIDAK DIDAKWA
Ismawi pasti menarik nafas lega. Mungkin juga tersengih kerana terlepas dari menjalani hukuman ke atas tindakannnya konon #suka2. Pada pandangan LADY, umur 25 tahun itu bukanlah usia kanak-kanak atau remaja yang tidak pandai membezakan baik buruk dalam melakukan tindakan atau perlakuan yang boleh menimbulkan kemusnahan. Dah cukup tua untuk dikatakan tidak pandai berfikir setiap perbuatan. Bagi LADY alasan sahaja.! Atau sebenarnya 'lakonan' seperti diarahkan oleh pembuat skrip agar dia terlepas dari dakwaan.
Memiliki 2 akaun facebook menunjukkan bahawa mamat ni mempunyai ramai rakan FB. Niat semestinya sudah ada. Nafsu untuk itu sudah ada. Sebab itulah terlahir pada status facebooknya. Dia inginkan rakan FB yang lain menyertainya..cuma.. diluar perkiraannya apabila dia berjaya dicekup sebelum hari berkenaan tiba. Demi menyelamatkan diri.. sudah semestinya dia berusaha untuk BEBAS.
Sekali lagi LADY katakan. Umur 25 tahun bukan umur tak tahu menggunakan akal memikirkan kemungkinan apa akan terjadi jika memilih melakukan sesuatu. (LADY pun tak kisah jika artikel Ini membuatkan LADY didakwa tidak menghormati keputusan jabatan Peguam negara.)
Tak boleh buat apa-apa jika itu sudah diputuskan oleh mereka yang pakar dan mahir dalam perundangan. Sebagai individu yang tidak menguasai perkara yang berkaitan perundangan.. terpaksa akur dengan keputusan itu. Tak dapat buat apa dah!.....
Kesal juga LADY membaca berita pagi ini......
Ismawi tidak akan didakwa untuk hasutan gulingkan kerajaan- Januari 07, 2014
KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan untuk tidak mendakwa Ismawi Hadani yang memuat naik kenyataan bagi menghasut pengikut akaun Facebook beliau untuk mengguling kerajaan.
Beliau berkata Jabatan Peguam Negara sudah mempertimbang semua faktor berkaitan kes ini dan memandang serius kesalahan yang dilakukan.
"Bagaimanapun, sebagai pendakwa raya, saya mempertimbang kenyataan Ismawi yang menunjukkan beliau sudah insaf selain memohon maaf kepada orang awam," katanya dalam satu kenyataan pada hari Isnin.
Ismawi, 25, seorang penganggur yang memiliki akaun Facebook atas nama Asmaelz Hadzeny dan Asmaelz Hadzeny II, ditahan pada 26 Dis lepas di Kampung Karambut, Saratok.
Dia ditahan reman sepuluh hari oleh polis Bukit Aman berkaitan kenyataan beliau 'sertai Himpunan Guling Kerajaan' yang didakwa menghasut orang ramai mengadakan tunjuk perasaan.
Abdul Gani berkata siasatan polis mendedahkan Ismawi tidak mendapat sebarang sokongan daripada rakan dan pengikut akaun Facebook beliau sebaliknya dia dikutuk serta dikritik kerana membuat kenyataan itu.
"Beliau juga didapati tidak bertindak mempertahankan dirinya malah mengalah sebaik sahaja menerima maklum balas negatif daripada pengikutnya," katanya.
Sabtu lepas, Ismawi memohon maaf dan berkata beliau membuat kenyataan itu hanya sekadar untuk suka-suka tanpa memikirkan akibatnya.
Kes itu disiasat di bawah aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.- BERNAMA
Ps: seperkara sahaja LADY nak menasihatkan oppsss... mencadangkan. (KEDUDUKAN LADY TIDAK MELAYAKKAN LADY MEMBERI NASIHAT) budak Ismawi tu jangan BEBAS sebebasnya tanpa dipatau. Orang macam ni tak boleh diberi kepercayaan untuk dia tidak mengulangi perbuatannya. Nafsu dan emosi lebih tinggi dari penggunaan akal fikiran. Tu je cadangan LADY.
Apa bukti dia dah Insaf... lepas nie sape - sape boleh tulis guling kerajaan ..lepas tu minta maaf sebab suka2... sekarang sudah ada kes yg boleh dirujuuk... KEKADANG PEGUAM NEGARA PUN BODOH JUGA...
ReplyDelete