INFO MENARIK : PARTI POLITIK PERLU HANTAR BLOGGER KURSUS ASA PENULISAN DAN ETIKA: KADIR JASIN
KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan kebangsaan, Datuk A. Kadir Jasin menyarankan agar UMNO dan mana-mana parti politik yang ingin menggunakan khidmat blogger secara berhemah, bermaruah dan membina agar menaja mereka yang bukan wartawan menghadiri kursus asas penulisan, undang-undang dan etika.
Jelas Kadir, blogger-blogger politik hendaklah menjawab hujah lawan dan bukan menyerang peribadi mereka, apatah lagi memfitnah.
"Blogger politik tidak akan dapat meyakinkan khalayak dan menarik sokongan kepada parti atau majikan mereka kalau mereka gagal mematahkan hujah lawan mereka dengan mengemukakan hujah yang kukuh dan bernas.
"Kaedah membunuh pembawa khabar (messenger) tidak akan berkesan kalau khabar (message) yang dibawanya tidak dipatahkan. Pembawa khabar mungkin terkorban, tetapi khabar yang dibawanya akan terus tersebar," katanya dalam blog beliau The Scribe pada Selasa.
Dalam tulisannya itu, Kadir berkata bukan semua blogger politik ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi.
"Majoriti adalah aktivis parti yang bukan wartawan atau penulis. Oleh kerana mereka tidak berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi maka mereka kurang arif mengenai undang-undang, etika dan psikologi komunikasi," katanya.
Kadir berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia, Ibdillah Ishak yang dilaporkan melahirkan rasa kurang senangnya dengan gelagat bloggers pro UMNO yang suka meminta upah untuk menjatuhkan pemimpin dan personaliti awam. - Astro Awani
Ps: Asas penulisan? Perundangan dalam penulisan? Baguslah kalau itu penentu kualiti blogger.. tp seberapa ramai yang kena hadir???? Maaf.. LADY dah lulus untuk kedua bidang semasa belajar dulu.
Berkaitan kenyataan si Ibdil pengerusi BMB yang dikatakan oleh KJ sebelum ini belum bergerak tetapi mulut pengerusinya sudah 'terlebih pintar' tu... LADY hanya menjawab bagi diri LADY dan sebahagian sahabat LADY dalam team LADY. kami tak pernah bergerak menyokong BN dan UMNO kerana upah. Tak pernah menerima Upah. Bergerak secara rela walau apabila mendengar cerita orang konon kami menerima imbuhan sangat melukakan. Menyakitkan! Berbalik pada kenyataan si Ibdil ini.... LADY memang terluka sangat. Lu sapa mau cakap?!!! Ada bukti tunjuk! Jangan setakat cakap sahaja! Baru pegang jawatan tu dah memandai2 nak kata serba tahu.
Comments
Post a Comment