KELAHI JE! "PERSIS BUDAK KECIK NAK JADI KETUA DARJAH 5 ANGGUR"
Oleh: Duke of umno
Macam budak kecil yang memalukan ibubapanya di khalayak umum. Itu saja ayat yang terlintas di fikiran saya tentang pergaduhan yang semakin sengit di antara MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali. Rasa macam nak ketawa pun ada…
Terkini, Anwar menegaskan bahawa tindakan menggugurkan "kekasih"nya dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS baru-baru ini adalah tidak sah. Katanya, pengurus besar PKNS tidak punya kuasa untuk menggugurkan jawatan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Kuasa tersebut berada di tangan Kerajaan Negeri.
Kata Anwar, dia akan "bercakap" dengan Khalid dalam masa terdekat mengenai kedudukan Azmin yang berada di belakang Ketua Umum PKR itu ketika bercakap dengan media.
Dalam perkembangan yang sama, Azmin turut mengutuk Khalid Ibrahim di Twitter, mengatakan MB Selangor itu mengeluarkan "kenyataan kangkung".
Malah ADUN Selangor itu juga turut menggelar MB Selangor itu sebagai "Mr U-Turn", mungkin gelaran itu diberikan atas alasan Khalid membuat pusingan U bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk membina loji Langat 2 baru-baru ini.
Selain itu, Faekah memarakkan lagi api pergaduhan dengan sindiran pedas terhadap "kem" Azmin. Ungkapan seperti "hero persis badut" dan "tersalah salak pokok" selamba diluahkan di Twitter. Tweet Faekah itu dibidas pula "anak ikan" dari kem "Azmin", Rafizi Ramli yang menyifatkan tweet dari Faekah itu "persis racun"!
Tak macam budak-budak? Hanya kerana sebuah JAWATAN, pemimpin-pemimpin "pembela rakyat" itu bergaduh macam budak sekolah tak dapat jadi ketua darjah 5 anggur? Sampai perlu mengadu pada "mak bapak"? Dan kemudian ibu bapanya buat siadang akhbar berikrar akan bertemu Guru Besar tentang kedudukan anaknya?
Selepas itu, konco-konco budak yang berebutkan jawatan ketua darjah itu bergaduh, lawan kutuk mengutuk di papan hitam. Seluruh murid dalam kelas berkenaan sudah tentu pening dan menyampah melihat dua orang budak bodoh yang berebutkan jawatan, kan?
Sebab itulah saya katakan pemimpin Pakatan Haram di Selangor macam budak-budak!
Padahal, Selangor kini sedang menghadapi pelbagai masalah yang di antaranya sangat serius, sensitif dan meresahkan rakyat di negeri termaju itu. Isu kalimah "Allah" dan rampasan bible berlaku di Selangor. Malah paderi Andrew Lawrence yang kurang ajar itu juga bertegas mahu terus gunakan kalimah "Allah" di seluruh negeri Selangor. Isu itu lebih penting!
Tapi yang disebokkan Azmin, Khalid, Anwar, Faekah dan Rafizi ialah soal JAWATAN! Isu aqidah umat Islam itu seolah-olah langsung tidak menarik minat mereka untuk diselesaikan segera.
Isu keputusan Khalid menutup Pusat Giat Mara misalnya, juga perlukan penyelesaian segera. Pusat yang menjadi harapan bangsa Melayu untuk melatih kemahiran anak-anak muda seperti itu perlu dikekalkan, tapi Khalid nak tutup pula. Anwar tak mahu "bercakap" dengan Khalid tentang kedudukan Pusat Giat Mara di Selayang Utama itu, kah?
Sebetulnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Haram Selangor itu telah lari dari memikul tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. Lain yang rakyat suruh mereka buat, lain yang mereka lakukan. Lain yang rakyat harap, lain yang mereka laksanakan. Lain yang rakyat mahu, lain pula yang mereka berikan. Macam itu rupanya "pembela rakyat ala Pakatan Haram"?
Gila jawatan betul! Sikap itu saling tidak tumpah seperti Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan Kerajaan. Mulanya dia hanya ketua pelajar, dia mahu jadi Timbalan Menteri. Kemudian dia mahu jadi Menteri dan kemudian merengek nak jadi Timbalan Perdana Menteri. Bila gopoh sangat "gilakan" jawatan Perdana Menteri, sebab itulah dia kena "lempang", kot? Melampau!
Hodoh betul akhlak mereka. Kalau nak bergaduh, bergaduhlah "diam-diam". Kalau nak bergaduh pun, bergaduhlah demi sesuatu yang lebih berfaedah dan membawa manfaat. Mujurlah mereka tidak bergaduh kerana berebutkan Faekah. Kalau bergaduh berebutkan Faekah, memang parah..!!!
Sumber : mykmu dot net
Comments
Post a Comment