KAJANG: DEMOKRASI YANG DIPERLEKEHKAN


Ini bukan kali pertama. Ianya adalah tindakan sekian kalinya dilakukan oleh PKR. Dan ianya sudah semestinya dikawasan jajahan mereka. LADY fikirkan.. elok sangatlah mereka BERFIESTA sesama mereka di kawasan berkenaan. Tak perlu BN turut sama menyertai FIESTA berkenaan hanya kerana nak menegakkan pencemaran Demokrasi yang PKR sering lakukan!

Bagi LADY.. bukan sahaja membuang masa serta tenaga nak meraih undi di kawasan berkenaan. Malahan membazir duit ! Bagaikan rak berkempen. Masuk tv masuk surat khabar menceritakan HARAPAN MENANG konon ada. Tetapi akhirnya ketika SPR mengumumkan keputusan.. PKR tetap juga menang. Why? Faham2lah sendiri yer jika berdepan dengan kawasan tegar.

Betullah kata blog flyingkick. Memang benar ada undang-undang yang tidak membenarkan Ahli Parlimen atau ADUN kembali bertanding dalam tempoh tertentu selepas meletakkan jawatan tetapi undang-undang itu ibarat undang-undang tidak boleh pakai racun atau tuba untuk menangkap ikan di alur sungai. Tiada sesiapa pun yang takut dengan undang-undang sebegitu. Malah dengan bantuan daripada peguam-peguam yang hebat mencari helah, menipu dan berbohong, pelbagai helah lain boleh digunakan untuk melepaskan diri. Apatah lagi kalau peguam-peguam tersebut dibantu pula oleh sebilangan hakim yang sudah pun mempunyai keputusan sebelum perbicaraan dibuat.

Justeru, sebaik-baiknya Barisan Nasional memberikan sahaja kemenangan percuma kepada Anwar Ibrahim di DUN Kajang. Biarkanlah dia nak jadi Menteri Besar ke, nak jadi Menteri Kecil ke atau nak jadi Exco ke mahupun sebagai pecacai pencuci tandas DUN Selangor.

Keputusan PRU13 yang tidak sampai pun setahun, seharusnya dijadikan kayu pengukur. Apatah lagi UMNO dan Barisan Nasional masih belum berjaya memulihkan imej dan sokongan kepada gabungan parti-parti berkenaan. Perbelanjaan besar yang akan digunakan oleh Barisan Nasional seperti biasa, hanya akan menambahkan lagi masalah kepada kewangan negara. Seelok-eloknya ratusan juta ringgit yang akan terbuang begitu sahaja, wajar digunakan untuk membiayai apa-apa sahaja projek atau peningkatan taraf hidup di kawasan-kawasan yang telah dimenangi oleh Kerajaan Malaysia. Manakala kawasan-kawasan tegar seperti DUN Kajang, biarkan sahaja kepada pemenang atau golongan yang telah mendapat sokongan ramai pengundi.

Lagipun sehingga sekarang, tidak ada sebarang desakan daripada penduduk mahupun pengundi DUN Kajang. Walaupun cukai telah dinaikkan dan yuran perniagaan selain peniaga-peniaga kecil dihapuskan atau dihalau seperti anjing, tidak ada tentangan  besar-besaran daripada penduduk dan pengundi di kawasan tersebut. Sekaligus tidak ada langsung penunjuk aras kepada Barisan Nasional yang mereka boleh menang di situ.

Sebaliknya, kalau Pakatan Rakyat meminta para pengundi dan penduduk melakukan demonstrasi menentang Kerajaan Pusat, sudah tentu ramai yang akan keluar walaupun terpaksa berguling-guling di atas jalanraya.

Justeru, Barisan Nasional tak payahlah cuba nak menghalang hasrat Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor. Biarkan sahaja dia menjadi Menteri Besar Selangor kalau dah itu yang dimahukan oleh rakyat Selangor.

Perlu diingat, banyak kawasan di Selangor memberikan majoriti yang sangat besar kepada Pakatan Rakyat berbanding kemenangan tipis 12 orang ADUN Barisan Nasional.


LADY mengharapkan SPR lebih tertindak tegas dalam hal GAME ini. Seharusnya SPR telah bertindak meneliti kajian kes sebelum ini contoh terdekat adalah PRK Permatang Pauh. Tak ada sakit.. tak terlibat arahan mahkamah.. mantan MP Permatang Pauh Wan Azizah letak jawatan dan beri peluang kepada Anugerah Illahinya.  Kali ini perkara sama berlaku. Tak ada kes.. apa lagi sakit.. mantan ADUN kajang mengumumkan perletakan jawatan. Dengan sepantas kilat speaker Dewan mengeluarkan notis dan surat makluman kekosongan kerusi DUN Kajang kepada SPR.  Esokkan harinya tersengih kerang busuk MB Selangor bersama si Anwar membuat PC. Yang lawaknya MB Selamgor setakat umumkan calon PKR sekiranya berlaku PRK Kajang. Yang banyak cakap adalah Anwar dengan angkuh dan sombongnya menyatakan kawasan itu adalah kawasan PKR. BN tak perlu buang masa habiskan duit rakyat masuk bertanding!

Apa punya kenyataan Pok Anwar ni? Habiskan duit rakyat? hang masuk bertanding calon PKR DUN Kajang tu mungkin duit hanglah! SPR nak menyediakan proses persediaan. Hari penamaan calon tu pakai duit Hang jugakah????!!!!

Lagi merugikan tatkala FIESTA PRK ini dilakukan.. hampir semua pemimpin kawasan dalam dan luar negeri di Malaysia bertumpu di kawasan berkenaan. Kawasan sendiri tertinggal sepi... kawasan BN pula tu. Apabila ada rakyat datang.. pegawai memaklumkan.. "maaf puan/encik.. YB out station. Bertugas PRK" alahai.. lainlah PRK tu berlaku kerana TERPAKSA MENGOSONGKAN KERUSI atas SEBAB MUNASABAH!

LADY kasihan melihat petugas dengan penuh semangat berkempen bagai rak. Masuk rumah keluar rumah. Itu baru tenaga , pengorbanan mereka konon nak raih undi sehingga keluarga ditinggalkan kat kawasan. Dah tu keselamatan belum tentu terjamin. Dah fiil hantu pentadsub Anwar. Kekasaran adalah makanan mereka. Tak pasal-pasal ada juga terpaksa dipapah dapatkan rawatan. Siapa yang susah? Kalau menang tak apa. Ada kenangan .. kalau kalah. Muka lebam hati sakit.. trauma seumur hidup!

Lagi LADY kasihan pada anggota keselamatan. Nak jaga keamanan tetapi mereka terdedah dengan ancaman keselamatan diri mereka. Manusia penyokong Anwar ni bukan spesies waras. Tak ada istilah menjaga undang-undang. Otak dah macam binatang , nak berkuasa kenalah gunakan keganasan baru nampak power!

Bagi LADY kekosongan DUN Kajang 2014 adalah BALA yang sengaja diwujudkan oleh si Dajjal Anwar kerana nak tunjuk POWER. Kenapa nak layan Syaitan ni. kenapa nak sahut cabaran pada kawasan tak sudi pada BN? Memanglah adat pertandingan.. bila ada kekosongan kena ada lawan. Tapi... BN pernah dah buatpun semasa PRK Permatang Pauh 2008! So apa salahnya buat perkara sama 2014 ini?!

Biarkan Luncai dengan labu-labunya. !!!!

Ps: SPR kena bertegas menghadapi PERMAINAN AKAL KANAK-KANAK PKR ini. Jangan dok layan je permainan mereka hanya kerana tugas sebagai pelaksana Pilihanraya! Tak hairanlah selepas ini bakal ada PRK bentuk sama akan berlaku.. kekosongan kerana nak beri laluan pada orang lain! Wujudkan peraturan lebih tegas agar demokrasi tidak terus diperlekehkan

Comments

Popular Posts