GULING??!!!

Ingatkan himpunan 'guling' golek ni akan membawa rombakan besar-besaran negara. Al maklumlah.. iklan dan promoter seribu-ribu lemon.

Siap solat berkasut ada. Persatuan ibu tunggal muda ( adakah akhlak punca depa jadi ibu tunggal muda.. atau.. depa pakat berlakon je pegang poster macam tu.. hanya mereka, keluarga dan Allah swt sahaja yang tahu) dok promote diri pun ada. Yang tergolek macam nangka busuk atas jalan raya pun ada.

Himpunan sebab protes 'kenaikan' korang dok fikiq hal korang jelahkan. Bagaimana soal peniaga kawasan? Bagaimana pula perasaan orang awam yang masih nak membeli belah di kawasan berkenaan? Bagaimana pula hak dan perasaan pengunjung yang berhasrat meraihkan sambutan tahun baru seperti sebelumnya?

Cara perusuh merampas pentas di Dataran Merdeka tu sememangnya berjaya menggulingkan majlis ambang tahun baru. Tetapi adakah himpun Guling berjaya menggulingkan kerajaan yang sedia ada? Apapun.. tahniah LADY ucapkan kerana hajat korang tercapai jugalah kannnn.. GULING PENTAS!!!! HEHEHEHEHEHE....

Seperkara yang menjadi pertanyaan LADY. Kenaikan gaji exco.. MB Selangor tu kenapa korang tak mengamuk dan lakukan protes juga. Cukai pintu naik di Selangor tu kenapa tak berhimpun tunjukkan protes juga?

LADY tak taulah kalau antara perusuh ambang 2014 ada antaranya datang dari Sabah atau Sarawak .. semata-mata hanya menyertai himpunan guling tu. Korang marah pasal kenaikan tol tu untuk apa? Di Sabah atau Sarawak sejak bila ada tol? Takkan pasal parking tiket jadi isu pula.. nak bantah pergilah majlis daerah atau majlis perbandaran di mana anda tinggal untuk lakukan komplen. Tak payah nak melalak ikut hal-hal naik tol ni. Buang duit je korang terbang ke semenanjung semata-mata menunjukkan kesetiaan kepada penganjur himpun guling ini! Mereka hanya buat urusan berkaitan tol di semenanjung sahaja. Tiada kaitanpun hal Sabah atau Sarawak. Dari buang duit ke Semenanjung.. masa tiket mahal pula tu.. baik korang berjimat cermat gunakan duit tu untuk membeli keperluan harian korang. Dari membazir pada perkara tiada kaitanpun dengan isu di Sabah atau Sarawak!

Kata kenaikan membuat rakyat merana. Sepanjang pengamatan LADY sejak seminggu sehinggalah kelmarin.. orang awam masih berbelanja seperti biasa. Boleh lepak lagi minum di Starbuck, CoffeBean.. secret Reciepe... berbaris panjang orang nak membeli Topiyaki, kaya ball, yoyo, yang kos bayarannya jauh tinggi berbanding restoran atau kedai makan biasa. Sepintas lalu, LADY tengok berbakul-bakul barang dibeli. Bukan makanan tau tapi pakaian yang boleh ditangguhpun pembeliannya kalau 'merana' seperti yang didakwa oleh pihak PR atau himpunan guling tersebut.

Paling bodoh dan nampak sangat NAFSU besar bila ada juga mat motor tuntut cukai import diturunkan. Berangan sangatlah kot nak memiliki superbike . Sedarlah diri dik oi.. kerja dahlah malas.. ingat nak tunjuk lagak je konon nak memiliki moyorsikal berkuasa tinggi. Kemaruk sangat nak memiliki. Kena berusaha lebih. Kumpul duit.. jangan ada gaji pulun tukar exzos.. pasang sticker.. tambah aksesori pada motor kapcai korang. Dah tu korang juga mat motor yang merempit menjatuhkan imej mat motor yang tak sedeyikpun berminat nak lakukan aktiviti haram jalan raya tu! (Selfish sungguh!!!!) Walhal hiasan ori motorsikal tu dah cantik apa.!! Dari menghabiskan duit untuk hiasan tak upgrade pun status kehidupan korang baik simpan dan membuat perancangan untuk lebih berjaya masa akan datang!

Apapun.. selamat tahun baru 2014. Orang berazam menambah kemajuan diri. Korang masih takuk lama. Hidup berkehendak simpati dan sedekah.

Comments

Popular Posts