DI MANA HAK UNTUK MASYARAKAT AWAM YANG TERABAI KERANA PERUSUH AMBANG 2014????

Tindakan demontrasi ala rusuhan menghuru harakan sambutan tahun baru 2014 di dataran Merdeka semalam suatu kenangan yang sukar dilupakan oleh mereka yang terlibat dan tidak terlibat.

Pada pandangan LADY.. perusuh sungguh bangga kerana berjaya menguasai dataran merdeka. Yalah.. konon hak mereka menyuarakan protes barang naik telah tercapai. Fuh!!! Kembang segala kembanh lah kot. Dah tak nampak kesopanan dan adap tertib orang normal.

Pertanyaan LADY.. bagaimana hak masyarakat awam yang tidak sedetikpun berhasrat menyertai rusuhan tersebut? Sedangkan mereka memiliki hak menikmati sambutan tahun baru yang saban tahun diraihkan???

Adakah kerana hak kumpulan beremosi ini mengabaikan hak kumpulan yang tidak terlibat?

LADY melibat dalam berita. Tak pula berlaku penurunan apa lagi protes yang menampakkan imej buruk berjaya memberi kesan baik.

Perhimpunan haram tindakan tidak demokratik - Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR:  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk perhimpunan haram yang diadakan pada sambutan ambang tahun baharu malam tadi dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak demokratik.

Katanya kumpulan yang menghadiri perhimpunan berkenaan sengaja ingin menimbulkan masalah kepada majoriti orang ramai yang tidak terlibat dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Sebagai negara demokratik, memanglah kumpulan minoriti juga mempunyai hak. Tapi, mereka tidak mempunyai hak untuk mengganggu kehidupan kumpulan majoriti yang mahu menyambut tahun baharu, demokrasi apakah ini?" katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Rabu.

Malam tadi, beribu-ribu penunjuk perasaan mengganggu sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka di sini sehingga memaksa majlis itu ditamatkan lebih awal.

Dr Mahathir berkata penunjuk perasaan terbabit menafikan hak asasi kumpulan majoriti dengan melakukan perbuatan itu pada waktu dan di tempat yang salah.

"Kalau nak buat juga, buatlah di tempat lain, jangan ganggu orang lain...kumpulan minoriti memang ada hak, tapi jangan gunakannya dengan menafikan hak kumpulan majoriti," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas tentang 11 langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam, Dr Mahathir berkata beliau gembira dengan langkah itu.- BERNAMA 2/1/2014

PS: ITULAH pandangan My Idola.

Tahniah kepada rakan dan pihak yang menyambut tahun 2014 dengan pengisian lebih kepada keislaman. Meninggalkan 2013 dengan doa dan memulakannya dengan doa juga.

Comments

Popular Posts