Dengar-dengar Anwar terkandas. Tidak dibenarkan masuk ke negara matahari terbit!
Betullah tu!.. beliau sememangnya tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut. Baca di sini
Anwar dilarang masuk Jepun tak ada kena mengenai dengan Imigresen Malaysia...
KEMASKINI Tindakan kerajaan Jepun melarang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke negara itu tiada kaitan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
Perkara ini ditegaskan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Alias Ahmad ketika diminta mengulas kejadian yang berlaku terhadap Anwar di Lapangan Terbang Narita, semalam.
Menurut Alias, pihaknya tiada kaitan kerana Anwar masih pemegang pasport yang dikeluarkan jabatan Imigresen.
"Mungkin ada masalah dalaman di sana (Jepun). Mana-mana negara berhak menegah sesiapa masuk ke negara itu jika ada sebab tertentu," katanya.
Beliau bagaimanapun, tidak tahu jika tindakan itu berkaitan pihak lain.
Berdasarkan kenyataan media Anwar, sejak keluar penjara, beliau dah tiga kali masuk negara Matahari Terbit itu.
Kali terakhir tahun 2012, tetapi pada Ahad, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja tiba atau akan dihantar pulang.
Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.
Sementara itu, insiden dialami Anwar terus jadi viral di media sosial dan portal malah kejadian itu gambarkan melalui macam-macam sitara termasuk ultraman dan Doraemon.
Di pihak Anwar pula, PKR mendakwa kerajaan menggunakan tekanan politik yang tidak kelihatan bagi melindungi kepentingannya sehingga menyebabkan Anwar dilarang memasuki Jepun.
Malah, menurut pengerusi biro guaman dan hak asasi manusia PKR Latheefa Koya, perkara itu bukan pertama kali berlaku.
"Oleh itu kami menuntut perdana menteri membetulkan keadaan dengan segera menarik balik laporan yang tidak perlu kepada kerajaan Jepun dan memberikan pelepasan perjalanan penuh kepada Anwar," katanya.-20/1/2014
Apa kes... Anwar dihalang masuk Jepun...
Kalau ikut 'skrip' Datuk Seri Anwar Ibrahim... apa saja yang buruk kat dia, salah UMNO dan BN. Sampai ada orang buat lawak, kalau selipar dia hilang kat masjid pun salah UMNO.
Tapi ini cerita serius, al kisah ketua pembangkang yang rajin ronda satu dunia itu, tadi 'sangkut' kat Lapangan Terbang Narita Jepun.
Dia diarah balik dengan pesawat pertama kerana rekod imigresen Jepun.
Berdasarkan kenyataan media Anwar, sejak keluar penjara, beliau dah tiga kali masuk negara Matahari Terbit itu.
Kali terakhir tahun 2012, tapi entah apa cerita, pagi tadi, beliau nak masuk tak lepas.
Kata Anwar, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja tiba atau akan dihantar pulang.
"Ekoran saya terus menuntut penjelasan, mereka akhirnya memberitahu terpaksa mengambil langkah itu 'kerana laporan terkini' kemungkinan pada 2013," katanya.
Anwar sendiri tak pasti mana pasal laporan tersebut... sebab itu beliau letak mungkin.
Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.
Dalam kenyataannya malam ini, Anwar berkata, pejabatnya sudah menyemak dengan kedutaan Jepun berhubung keperluan penerbangannya minggu lalu dan tidak dimaklumkan sebarang halangan.
Justeru, beliau mendesak Wisma Putra menjelaskan perkara itu, terutamanya berhubung "laporan terkini" yang menyebabkan beliau dilarang.- agendanew
Ps: menurut cerita sir azri. Dikatakan kononnya halangan berkaitan duit rm500 dan rm1000 ? Betulkah? Hanya dia sahaja yang tahu. Takkan dia boleh lupa. Hanya dia je yang tahu.
Lepas ni mesti dia akan kata. Ini adalah konspirasi UMNO nak menjatuhkan dia !!! Dan segera failkan saman. Tak per.. kan peguam akan kata. "Kita maafkan dia"
Comments
Post a Comment