MEMBAKAR BENDERA, MEMBANTAH TINDAKAN JEPUN TINDAKAN AKAL DANGKAL

KOTA KINABALU - Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan penyokong pembangkang tidak menghormati undang-undang negara lain apabila membantah tindakan Jepun tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu.

Beliau berkata, tindakan mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan negara itu jelas mempamerkan betapa mereka tidak rasional dan menunjukkan perjuangan mereka bersifat perjuangan individu dan bukan untuk rakyat.

"Lebih buruk lagi penyokong ini turut membakar bendera Jepun, sebenarnya hanya akan memberi kesan terhadap hubungan Malaysia dan Jepun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya tuduhan Anwar bahawa kejadian beliau dihalang memasuki negara itu adalah atas sebab campur tangan kerajaan adalah sangat dangkal.

"Apakah kuasa kerajaan untuk memberi arahan kepada negara lain soal undang-undang negara mereka. Saya kira ini adalah taktik murahan beliau yang sentiasa diulang-ulang untuk mendapat simpati rakyat bahawa beliau telah dizalimi oleh kerajaan," katanya.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya mencabar Anwar untuk membuktikan tuduhan terhadap pihak kerajaan dan beliau perlu bertanggungjawab atas tuduhan berkenaan.

Ahad lepas, Anwar dilarang daripada memasuki Jepun selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan diarah untuk berpatah balik dengan segera atau akan diusir keluar. - Bernama

Ps: LADY tak terkejut tindakan 10 manusia membuat lawak di depan kedutaan Jepun tu. Sememangnya itulah kebiasaan yang mereka lakukan. Kalau tak lakukannya kelmarin tu.. yang itu LADY akan terkejut pula!!!

Setuju sangat. Bantahan mereka semalam ini bukan kepentingan rakyat pun. Seperti artikel LADY sebelum ini, setakat Anwar Ibrahim gagal masuk ke Jepun atas KESILAPAN DAN KECUAIAN BERLANDASKAN SYOK SENDIRINYA..  buat malu saja. Buang masa! Nasihat LADY... SILA BACA PERATURAN BETUL-BETUL SEHINGGA HABIS. JANGAN BACA SETAKAT SEKERAT JALAN.

Comments

Popular Posts