#KANGKUNG - CERITA KUTIP SUKU BUANG BANYAK



" kutip suku buang banyak" Tulah yang dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan sebarang pengumuman ataupun tindakan yang dilakukan oleh YAB PM.

2 3 hari ini cerita #KANGKUNG melambak di media sosial. Ada yang kongsikan iklan sedap dibaca tidak kurang juga gurauan tak lawak walau sedikitpun.

Peliknya.. cerita #KANGKUNG ni ditimbulkan oleh budak cyber PR. Tetapi yang seronok sakan kongsikannya semua sekali. Tak kira orang atas pagar. Yang nyata-nyata penyokong BN pun menggunakan #KANGKUNG sebagai bahan gurauan dan juga menghentam.

Kemungkinan *sahabat LADY tengah hot dengan KELEMBAPAN tindakan pihak PMO dalam menangani lambakan cerita tak menentu di media sosial. Apa lagi ada pula mencetus kesilapan taknikal sebelum ini yang seharusnya TIDAK BERLAKU. Maaflah LADY kata.. pemilihan anggota media PMO sangat lemah. Kerja tak mampu tetapi nak kedudukan. Yang parah adalah PM sendiri..


Perumpamaan  #KANGKUNG ini semakin popular digunakan dan mendapat sambutan hangat apabila berita penarikan saman ke atas Tian chuan berkaitan insiden Lahad Datu dikatakan sandiwara UMNO. Selesai di LUAR MAHKAMAH. Wahhh ! Itssss HOOOTTTTTT!!!! Hati yang tengah panas .. menggelegak melampaui suhu . Itu respond LADY lah.. tetapi rasanya... apa yang LADY rasakan sama juga dengan sahabat-sahabat LADY. Tercalar. Luka yang belum sembuh ditoreh semula. Maruah sebagai ahli UMNO difitnah kononnnya gugurnya pejuang di sana hanyalah 1 lakonan semata... bukan dikembalikan tetapi dicampak masuk longkang! Dah tu tengok pula wajah mamat poyo senyum lebar ketika bersalaman dengan Tian Chuan di FB.. alahai.. inilah wajah mamat poyo yang bukan menambah kualiti pengurisan HQ pusat tetapi menjahanamkannya demi kepentingan pribadinya yang suka bebenor #GLAMOUR .TIADA SEDIKITPUN PENJELASAN KENAPA RUNDINGAN LUAR MAHKAMAH ITU BERJAYA "Insaf dan kesal" sahajakah kata kunci menamatkan tindakan saman ke atasnya. Bila masa Tian Chuan ni pandai insaf dan menyesal dengan perbuatannya????? (Lakonan berjaya mengaburi mata mat poyo nampaknya! - andaian LADY pribadi -

Pada pandangan LADY suasana itulah punca kenapa cepat lagi pantas sebaran #KANGKUNG di alam maya. Perkongsian yang sangat berjaya, ia muncul saat yang sangat tepat sekali.

Sebagai seorang yang #taksuka gurauan melampau. LADY tak turut serta perkongsian sedemikian. Marah tu memang marah. Tetapi tajuk atau topik lain. Hal #KANGKUNG ni wajar diterangkan sepenuhnya kepada khalayak ramai. Kenapa ia boleh wujud.

Dengan mengongsikan gambar di atas.. LADY rasa pembaca boleh memahami secara sepintas lalu hal ini. Dalam ucapan  PM ketika itu hanyalah PERUMPAMAAN semata. Tetapi di highlight oleh pihak pembangkang untuk memalukannya. Malangnya turut dibantu juga oleh sebahagian kecil *sahabat LADY yang sedang terluka dengan keadaan tak menentu kini ditambah lagi cerita tak manis yang menambah luka di hati. (Cerita ibdil & rembau times- LADY akan cerita kelak apabila dapat maklumat yang lengkap)

LADY memang tabik dengan tindakan kreatif pihak PR mewujudkan cerita #KANGKUNG ini ditambah lagi iklan-iklan berbentuk video lagu serta gambar-gambar gurauan dalam menenggelamkan cerita #Merdz Lim Guan Eng. Cerita #KANGKUNG ini berjaya mendapat tempat dalam carta pencarian terhangat menutup cerita-cerita menampakkan kelemahan pihak PR di mata umum. Terleka terus dengan hiburan tak melucukan ini. Sememangnya kepakaran pihak PR buat CROP pada bahan yang ada. Meninggalkan bahan yang lain.

Apapun. Ini pandangan pribadi LADY. Kalau ada marah itu hal korang. LADY hanya nak beri pandangan sahaja.

KALAU NAK JADI PROFESIONAL HARUS LEBIH MEMENTINGKAN MINDA BERBANDING RASA.

Ps: LADY tak nak kongsikan iklan atau gambar gurauan #KANGKUNG. Ianya sama seperti menyokong gurauan tak melucukan itu.

*sahabat LADY = pengamal media sosial proBN

Comments

Popular Posts