MYDIN MENJAWAN TUDUHAN TONY PUA

SUBANG JAYA 4 Okt - Pengurus Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin hari ini menafikan kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang mendakwa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dimonopoli oleh Mydin Mohamad Holdings Bhd.
 
Menurut Ameer, beliau sungguh kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Pua dan menganggap bahawa ianya tidak benar. 
 
"Saya sungguh kecewa kerana ada pihak (Tony Pua) memberi kenyataan bahawa Mydin telah memonopoli KR1M," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Mydin di sini hari ini.
 
semalam, Tony Pua telah mengeluarkan dakwaan bahawa KRIM telah dimonopoli oleh Mydin dan secara tidak langsung 'membunuh' persaingan sihat diantara kedai runcit lain.
 
Ameer menjelaskan, terdapat tiga cara yang membolehkan rakyat Malaysia membuka KR1M.
 
"Pertama, kami (Mydin) telah membuka 60 KRIM di seluruh negara dan akan membuka lagi 25 kedai pada bulan Disember yang akan datang.
 
"Cara yang kedua, rakyat Malaysia juga boleh membuka KR1M dengan duit mereka sendiri dan cara yang ketiga, peniaga-peniaga luar boleh membeli barangan dari KR1M mahupun di Mydin secara borong dan menjualnya kembali di kedai sendiri," jelasnya.
 
Sehubungan itu, Ameer menegaskan bahawa sesiapa sahaja layak untuk membuka KR1M dan menafikan kenyataan Tony Pua (Mydin monopoli KR1M).
 
"Semua orang boleh bukak KR1M dan kenyataan Tony Pua bahawa Mydin memonopoli KR1M adalah salah," tegasnya.
 
Terdahulu, Tony Pua membuat kenyataan bahawa KR1M dimonopoli secara keseluruhan oleh Mydin selepas kerajaan mengumumkan akan menyediakan RM386 juta dalam subsidi kepada Mydin Mohamed Holdings Bhd untuk membuka KR1M sebanyak 57 buah di Sabah dan Serawak.ya.

Sumber: KLPos Dot Com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. Pada akulah,lebih baik Mydin monopoli dari Ah Beng,Ah Hong atau Muthu...sekurang kurangnya Mydin ikhlas nak membantu golongan yang kurang mampu,bukan jenis yang nak mengaut keuntngan je..

    ReplyDelete
  2. yg robert kuak tu monopoli gula tidak pula nak sibuk!!!
    rasis punya pemipin, dan pemimpin bginilah pula yg jadi kesayangan PAS.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts