KES MAT SABU HINA MANGSA TRAGEDI BUKIT KEPONG DIMULAKAN

Masih ingatkah lagi peristiwa mat sabu menghina mangsa tragedi bukit kepong yang menggemparkan. Semua marah tetapi Mat Sabu tetap menganggap ia bukan perkara yang nak ditakutkan!

Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa keputusan untuk mendakwa Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu kerana memfitnah anggota polis dan keluarga mereka dalam kejadian serangan di Balai Polis Bukit Kepong, adalah terletak pada budi bicara Peguam Negara.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim berhujah, Peguam Negara mempunyai budi bicara mutlak untuk memutuskan kes yang akan didakwa dan mahkamah tidak boleh menyemak keputusan itu.

Beliau berkata demikian sebagai hujah balas berhubung permohonan Mohamad agar Utusan Malaysia turut dikenakan tindakan kerana menyiarkan kenyataan fitnah jenayah seperti mana tuduhan yang dihadapi olehnya.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin, memohon kepada mahkamah untuk menolak kes yang dihadapinya dengan alasan tuduhan tersebut bertentangan dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Amin Firdaus Abdullah kemudian menetapkan 22 Oktober ini untuk keputusan terhadap permohonan Mohamad itu.

Mohamad, 58, didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memfitnah anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam, 21 Ogos tahun lalu di khalayak ramai yang mengikuti ceramahnya di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Dia didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: Sungai Rapat blog

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts