PAS DAH GADAI ISLAM

::Pewaris Anak Bangsa::

Beberapa pemimpin Pas secara tiba2 memberikan reaksi yg cukup keras terhadap kenyataan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa yg menyentuh tentang agenda DAP dan membidas pemimpin2 Islam yg sanggup mengetepikan kepentingan agama demi kuasa. Apa yg menghairankan ketika menyampaikan hujahnya dalam Seminar Dakwah Nasional baru2 ini, Nasharudin langsung tidak menujukan kenyataan beliau kepada pemimpin UMNO atau Pas.

Sebaliknya apa yg beliau bentangkan adalah tasawwur umum tentang konsep dakwah dan siasah serta beberapa kemelut yg sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia dalam hal yg berkaitan dengan politik. Namun kenyataan Nasharudin tidak dilihat sebagai satu pandangan daripada seorang pendakwah yg bertanggungjawab untuk mempertahankan agama Islam dengan apa cara sekali pun, sebaliknya sesetengah pemimpin Pas melihat dari sudut politik semata.

Mereka bimbang kenyataan Nasharudin akan menyebabkan DAP terasa dan ini sekali gus boleh menjejaskan impian politik Pas untuk memburu kuasa bersama DAP dan PKR. Walaupun dalam isu kenyataan Nasharudin, biar pun beliau tidak menyebut mana2 parti tetapi ada pemimpin Pas yg mengulas panjang lebar untuk mempertegaskan Pas tidak pernah tergelincir daripada landasan perjuangannya.
Sebaliknya pemimpin itu menyifatkan orang yg menuduh Pas tergelincir sekarang sedang menjerit2 untuk mendapatkan pertolongan daripada UMNO.

Dalam hujahnya, pemimpin berkenaan turut menyentuh tiga fasal dalam Perlembagaan termasuk fasal 3 yg menyatakan dasar Pas ialah Islam. Hujah pemimpin berkenaan, Islam yg diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yg lengkap, merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata lain yg merangkumi urusan hidup dan mati.

Beliau juga menyentuh fasal 5 (1) berkaitan tujuan Pas untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yg terlaksana di dalamnya nilai2 hidup Islam dan hukum2nya menuju keredaan Allah. Malahan beliau juga merujuk kepada fasal 7 yg menyatakan sumber rujukan tertinggi yg menjadi hukum dan kekuasaan Pas ialah al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

Pemimpin berkenaan cuba mempertegaskan bahawa Pas tidak menggadaikan prinsipnya dalam memburu kuasa dan menganggap tuduhan Pas mengutamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yg tidak betul. Memang betul dalam Perlembagaan Pas mencatatkan itu semua, tetapi dari segi realitinya apakah parti tersebut benar2 mematuhi semua yg termaktub dalam perlembagaannya. Kita bukan bercakap soal Perlembagaan tetapi realiti dari segi pelaksanaan dan perjalanan parti, itu yg sepatutnya difahami pemimpin berkenaan.

Persoalannya bagaimana pula dengan kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz yg menegaskan, Pas akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam PRU akan datang, biar pun dibantah oleh ahli2 di peringkat umbi. Tidakkah ini membuktikan memburu kuasa menjadi matlamat utama Pas? Kalau benar Pas memerlukan kuasa untuk menghayati Islam yg syumul seperti yg diajar oleh Nabi Muhammad SAW, Nik Aziz tidak akan mempertahankan kerjasama dengan DAP kerana semua orang tahu bagaimana gangguan DAP terhadap perjuangan Islam Pas.

Oleh itu tidak perlulah mana2 pemimpin Pas hendak berdolak-dalih untuk 'menghalalkan' kerjasama berkenaan dan sekali gus berusaha menutup keghairahan parti itu memburu kuasa sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan sendiri.
Jika Pas memegang teguh prinsip perjuangan Islamnya, kenapakah Pas masih rela bersekongkol dengan DAP yg terang2 menolak hukum hudud dan berpayung di bawah pemimpin2 PKR yg ada antara mereka menyokong fahaman liberalisme.

Tidak usahlah hendak mengaburi ummah dengan menyatakan segala keputusan yg Pas hendak laksanakan seperti tahaluf siyasi diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yg mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber al-Quran, hadis, ijmak dan qias serta segala keputusan yg dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Kalau itu hujahnya, kenapakah masih mahu bekerjasama dengan DAP? Apakah kalau betul pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya nanti, Pas akan diberi kuasa sebebas2nya untuk melaksanakan pemerintahan Islam?

Kita akui dalam Pas, kelompok yg mungkin ikhlas untuk meneruskan perjuangan Islam dalam Pas hanyalah golongan ulama, tetapi semua orang tahu sejauh mana kekuatan golongan berkenaan untuk bersuara. Memang benar tahaluf siyasi yg dilakukan oleh Pas dengan PKR dan DAP diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tetapi sekarang sudah jelas kerjasama berkenaan lebih banyak merugikan parti itu. Jika mereka ikhlas hendak memastikan Pas terus memperjuangkan Islam, mereka sepatutnya menggesa majlis itu mengkaji semula hubungan dengan DAP dan PKR supaya cara berpolitik Pas adalah berlandaskan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Kalau itu mereka tidak mahu lakukan jelaslah, Pas sememangnya sedang ghairah memburu kuasa bersama2 DAP dan PKR sehingga sanggup menggadaikan segala2nya hatta prinsip perjuangan sendiri. Tidak salah untuk Pas berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi biarlah hubungan itu mendatangkan keuntungan bukan sahaja kepada parti itu tetapi juga umat Islam secara keseluruhannya.

Pemimpin2 Pas sudah pasti memahami sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Musa. Baginda bersabda:

"Permisalan teman yg baik dan teman yg jelek seperti (berteman) dengan pembawa minyak wangi dan tukang pandai besi. Dan adapun (berteman) dengan pembawa minyak wangi kemungkinan dia akan memberimu, kemungkinan engkau membelinya, atau kemungkinan engkau mencium bau yg harum. Dan (berteman) dengan tukang pandai besi kemungkinan dia akan membakar pakaianmu atau engkau mendapatkan bau yg tidak enak."

sumber: Ir Jebat Modern FB

Comments

Popular Posts