BETULKAH ARBAIYAH KINI JADI LiABILITI PAS???

Ntah apalah ada dalam pemikiran Arbaiyah ni. Sikapnya sejak dua menjak ni, semakin menjadi-jadi lagaknya. Kalah ustazah yang menerima didikan dari peringkt kecil sehingga dewasa kenyataan yang dikatakannya. Melebih-lebih. Sehingga kalah yang arif agama kenyataan yang disampaikannya.

Ada seketika nampak budak baik. Ada waktu dah jadi politician emosi melampau. Ada waktu jadi minah iklan dan selalunya jadi minah kepoh yang berkehendak perhatian.

Hujahannya sememangnya banyak memalukan ahli PAS yang jauh lebih arif tentang selok belok agama. Kekdang membingungkan mereka yang lebih tahu dari radio terlebih charge bateri ni tapi isyarat asal mana tak tahu.

Baca lagi di sini

Abby Abadi satu produk 'pelaris' yang digunakan PAS di pentas ceramah bertujuan menarik hadirin kini dianggap liabiliti oleh ahli-ahli bawahan PAS sendiri.

Menurut sumber dalaman PAS sendiri kebanyakkan ahli di peringkat bawahan PAS menganggap tindakan artis tersebut yang kerap mengeluarkan kenyataan tidak betul dan mengelirukan lebih-lebih lagi berkaitan agama telah merosakkan sokongan anak muda terhadap parti itu.

Malah kenyataan terbaru Abby Abadi di laman twitternya telah menimbulkan reaksi kurang senang anak muda serta jelas memperlihatkan betapa naif dan bodohnya wanita bernama Abby Abadi ini :

Ahli PAS di beberapa cawangan dikatakan turut kesal dengan pucuk pimpinan PAS yang berdiam diri dan tidak menegur segala kesilapan yang dilakukan oleh Abby Abadi.

Abby Abadi sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak menguntungkan sehingga timbul rasa kurang senang anak muda terhadap PAS kerana Abby Abadi kini dianggap membawa suara dan perjuangan parti tersebut.

Tindakan ustazah segera yang mengatakan Nabi tidak memaafkan musuh sebagaimana dinyatakan dalam twitternya kembali menambahkan lagi kebencian anak muda kepadanya sekaligus mengulangi kesilapan sebelum ini.

Selain ahli PAS, blogger milosuam juga dikatakan 'berang' dengan tindakan Abby Abadi yang menulis berkongsi gambar melalui 'Instagram' yang mengesahkan lelaki tersebut pemilik blog milosuam.

Dek kerana Abby Abadi terlalu 'berahi' berjumpa blogger fitnah milosuam, identiti beliau yang sebelum ini tidak jelas dan diragui dapat dikenalpasti oleh pihak lawan.

Melihat segala tindak-tanduk Abby Abadi sekarang ini mungkin benar sumber yang disampaikan kepada saya kelmarin bahawa Abby dianggap LIABILITI yang bakal dipikul PAS dan PR menjelang PRU13.

Justeru itu, saya sarankan agar Abby Abadi tweet lebih banyak lagi kenyataan-kenyataan di laman sosial kerana lagi banyak wanita ini berbicara, lagi banyak kesilapan dan kebodohan dirinya dapat kita saksikan.
Abby...

If you're gonna be a smartass, first you have to be smart. Otherwise you're just an ass.

Sumber: double-Y blog

Ps: pu3 kekdang malas nak menulis pasal Arbaiyah ni tetapi selalu tengok hujahannya WAJIB ditegur. Maka pu3 teruskan memberi kesedaran pada peminat yang ter'buta minda' dek taksub dengan artis ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts