KONVENSYEN BAHARU SABAH??


Konvensyen politik baharu sabah? Pu3 tengok muka-muka panel dan pemimpin yang ditunjukkan ni, bukanpun muka baharu! Muka lama yang semakin lapok dimamah masa je! Balik-balik ceritanya tiada yang BARU, masih cerita konsep LAMA juga. Dah yang konon nak BAHARU tu usia TUA. Masuk warga emas.

Contoh terdekat Lajim. Bukan pu3 tahu! Selepas sahaja YAB DSP najb mengumumkan PRU 13 BN mengetengahkan pemimpin muda sebagai sebahagian calon BN. Lajim dah melatah mula bertindak buat pasal. Nak kata politik Baharu?

Isu besarnya perselisihan pribadi. Tak taulah hal pribadi mana lagi dengan DSP musa. Tapi tak berjiwa pejuang, lajim tidak berdepan tetapi melompat nak buka langkah ke ruang kosong agar dia berada di atas juga. Ini politik baharu kah?

Boleh dikasihani ker lajim ni? Sibuk-sibuk mempromosikan kemampuannya konon berjuang demi politik baharu Sabah. Konon nak membawa perubahan. Dalam masa sama pakatan Sabah lain kata, menolak kehadiran mereka yang berasal dari Malaya. Tetapi lajim ni pula punya semangat membawa mereka yang mengaku pemimpin dari seberang Lautan china Selatan memberi dokongan promosi dirinya yang kian merundum.

Lawaknya, nak buat konvensyen politik Baharu sabah, lajim terkial-kial mengadakannya. Masih berharap simpati dihulur oleh parti lain yang juga berasal dari semenanjung? Kenapa membiarkan perhubungan PAS Sabah melaksanakan konvensyen ini? Di mana PPS yang diwujudkannya? Agaknya bakal terkubur juga parti yang pu3 agak hanya ada pada nama semata!

Sepanjang pengamatan pu3. Lajim tak bergerakkpun ke sana sini atas platform PPS. Tetapi kecenderungannya masih berpaksi pada parti Mato Sebeloh Anwar. Tak ada keyakinanker lajim?

Kini pu3 tengok Anwar seperti mengabaikan dah Lajim, kot anwar tersedar, lajim hanya bunyi je besar (tin kosong) tetapi powernya tak ada juga. Kiblat 'bergantung' lajim beralih sedikit kepada PAS pula. Yelah, kan dah lajim terkenal sebagai 'Raja Katak' walaupun sebelum pengakuannya nak 'melompat' menimbulkan kebisingan orang kuatnya hj jusih. Sehingga membuat laporan ke IPD beaufort. Hakikatnya lajim memang bertindak seperti katak. Nak meniti aras tinggi demi kelangsungannya dalam KEKUASAAN.

Persoalan pu3, andai pakatan memerintah.. Adakah lajim beralah berikan kerusi ketua menteri kepada Lahirul yang jelas lebih menonjol setianya pada PAS? Atau Lajim akan biarkan Jeffry pula menerajui Sabah?
Jangan mimpilah. 'Ndak ada kali lagi' SALALAI sudah bunyimu! Ndak kana peduli! Bilang orang Sabah yang semakin muak dengan politik Katak si lajim bersama kuncu-kuncunya si anak berudu yang bakal melompat bersama.

Konvensyen pun lajim tidak mampu nak kelolakan, masih bergantung dengan PAs, apa lagi mahu jadi Bos Sabah. Habis lintang pukang jadinya!


#BNBah
#BNBagus
#tentang si katak Sabah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts