BETULKAH KREDIBILITI SPRM DALAM MENYIASAT SEMAKIN....?????????


Alamak, ini tuduhan berat juga tapi perlu dijawab oleh individu yang dipertikaikan ini. Blogger sanggah tok janggut mempersoalkan moral dan intigritinya selaku timbalan pesuruhjaya SPRM bahagian operasi.

Baca di sini :

Apakah pendirian politiknya jejaskan SPRM?

TIMBALAN Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Shukri Abdul mula diragui kredibiliti serta intergriti beliau yang dilihat lebih condong serta memberikan perhatian yang luar biasa terhadap kes-kes yang membabitkan pemimpin-pemimpin kerajaan ataupun penyokong-penyokong Barisan Nasional dan lebih malang lagi beliau dikatakan antara  penyokong tegar PAS apabila melihat kepada latar belakang keluarganya di Kedah dan orang Kedah tahu kedudukan bapa Shukri dalam PAS Kedah..

Shukri Abdull sebelum ini pernah menjadi  Pengarah BPR  Kelantan pada tahun 1990an dikatakan seperti tidak berminat  dan bersungguh-sungguh untuk mendakwa kes-kes yang melibatkan kepimpinan pembangkang dan kalau ada tindakan pun mahkamah akan membebaskan kerana tidak mempunyai bukti yang cukup dan ini berbeza dengan kes-kes yang melibatkan kepimpinan kerajaan walaupun baru khabar angin sudah ada arahan untuk menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya.

Pandangan serong mula dihalakan kepada Shukri Abdull apabila melihat kepada betapa efisen atau bersungguhnya unit yang beliau ketuai untuk menyelongkar dan mencari hingga ke akar umbi bukti-bukti untuk disabitkan apabila dikaitkan dengan pemimpin-pemin kerajaan ataupun pemimpin Barisan Nasional dan sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang didajwa di mahkamah kerena rasuah atau menyeleweng.Adakah dimata Shukri,semua pemimpin pembangkang dalam Negara ini suci bersih?

Adakah di mata Shukri semua pemimpin pembangkang dalam Negara ini diberikan imuniti bagi melakukan kesalahan ataupun rasuah?Semasa memegang jawatan di Kelantan,cuab sebut satu sahaja pemimpin pembangkang yang pernah Shukri heret ke mahkamah untuk didakwa?

Dengan sikap yang dilihat berat sebelah Shukri Abdull sejak akhir-akhir ini kita percaya kes yang dilaporkan oleh GAPs (Gabungan Anti Penyelewengan Selangor) berkaitan dengan pembelian bas mewah oleh Khalid Ibrahim akan di siasat seperti melepaskan batuk ditangga dan kata dua atau tempoh  yang diberikan oleh Hamidun,Pengerusi GAPS hanyalah sekadar angin lalu yang tidak akan merubah persepkstif siasatan oleh suruhanjaya ini.

Hamidzun mungkin menyedari laporan yang dibuatknya akan dibakulsampahkan oleh SPRM dan sebab itulah beliau memberikan tempoh kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Khalid Ibrahim dan untuk laporan GAPs ini,kita yakin aka nada kenyataan selepas ini bahawa Khalid tidak bersalah,Khalid tidak rasuah dan Khalid tidak menyalahgunakan kuasa.Cuba Khir Toyo yang terlibat?

Bukan sahaja GAPs,mana-mana NGO  yang membuat laporan berkaitan penyelewengan ataupun salah laku pemimpin pembangkang,SPRM seolah-olah menjadikan telinga mereka pekak badak tetapi tengok sahaja kes yang melibatkan Ketua Menteri Melaka,cukup bersungguh Shkri Abdull mengarahkan siasatan dibuka dan siap siaga dengan kenyataan akhbarnya sekali.




Adakah laporan GAPs ini akan jadi sia-saia?

Lihat juga isu membabitkan pembelian lembu yang membabitkan Khalid serta beberapa isu lain yang melibatkan pembangkang,SPRM seakan memandang sepintas lalu dan dilihat seperti tidak berminat  untuk menyiasat hingga ke akar umbi bagi mencari bukti dan dalam kes TALAM,lihat sahaja bagaimana SPRM bergerak seolah-olah gerakan mereka seperti kura-kura.Cukup lembab!


Cara Shukri Abdull mengendali Unit Opreasi SPRM dilihat terlalu pro kepada pembangkang dan sebagai bukti apabila ada laporan yang berkaitan dengan pemimpin UMNO,beliau mengarahkan pasukannya untuk terus menyiasat dan mendakwa mereka di mahkamah dan kalau kalah sekalipun ataupun kes tidak cukup kuat untuk didakwa,sekurang-kurangnya SPRM berjaya memalukan pemimpin terbabit.

Berbeza dengan pemimpin pembangkang yang dilihat seperti tidak ada kes kepada SPRM untuk disiasat dan sebab itulah pembangkang dilihat bermaharjalela di Selangor,Kedah,Kelantan dan Pulau Pinang dan adakah Shukri juga boleh dilabelkan sepertimana pendedahan sebelum ini bahawa ada `lanun-lanun' yang bertopeng berada di dalam kerajaan bagi menjatuhkan ataupun menggulingkan kerajaan dari dalam dan adakah Shukri Abdull ini salah seorang darinya?


Nasib Khalid lebih baik dari Khir!

Andai Shukri ada kepentingan,beliau tidak layak berada di dalam Suruhanjaya  tersebut serta patut dilucutkan sebagai Ketua di Unit Operasi Dan Pendakwaan SPRM dan dipindahkan kepada bahagian-bahagian lain supaya SPRM dilihat betul-betul sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas,berintegriti dan bukan menjadi alat kepada mana-mana pihak serta tidak menggunakan kuasa yang diberikan untuk mengambil tindakan terpilih ataupun sewenang-wenangnya.


Dan kalau Shukri lebih berminat untuk menjadi orang politik,beliau boleh memilih untuk bersara awal dan mengambil tindakan seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain menyertai PAS bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional secara gentleman dan bukannya menjadi duri dalam daging ataupun gunting dalam lipatan.

Kita menghormati serta menyanjung tinggi kalau beliau memang bersungguh-sungguh untuk mengekang kegiatan rasuah dalam negara ini sepertimana amanah serta tanggungajawab yang diberikan oleh SPRM kepada beliau dan kumpulannya namun beliau harus jujur serta tidak memilih mangsa untuk menyiasat dan mengambil tindakan mendakwa di mahkamah.

Andai mereka menyiasat kes melibatkan pemimpin UMNO hingga ke akar umbi bagi mencari bukti dan saksi,prinsip yang sama juga harus digunakan untuk menyiasat kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin pembangkang dan apa yang sedang berlaku di Selangor hari ini akan menjadi penanda aras kepada hasil siasatan yang akan diumumkan (itupun kalau mahu diumumkan) dan juga menjadi penanda aras kepada Bahagian Operasi Dan Pendakwaan SPRM ini.

Kita tidak berniat untuk memperkecil ataupun memperlekehkan SPRM tetapi kita tidak mahu SPRM yang ditubuhkan itu menjadi tali barut kepada pembangkang dan dalam semua orang melihat kerakusan pemimpin pembangkang melakukan rasuah di Selangor, kita menunggu mata mana yang akan digunakan oleh SPRM bagi melihat apa yang orang ramai lihat itu.


Sumber: Sanggah Tok Janggut blog 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts